CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Majoriti perempuan obses pinggan, mangkuk. Bukan nak guna tapi nak display dlm r

 Close [Copy link]
Post time 19-7-2017 03:04 PM | Show all posts
Mama3 replied at 19-7-2017 12:22 PM
Skrg dh tukar nma jadi luminarc kn

Ya betul tu. Dah tukar jadi Luminarc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 03:05 PM | Show all posts
matamata replied at 19-7-2017 12:36 PM
pakai pyrex la baru ganas

Setujuu!

Sebab iols pun pakai Pyrex.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 03:09 PM | Show all posts
NekNgah replied at 19-7-2017 01:07 PM
Kalau tahu kat mana-mana ada jual pinggan mangku lama-lama, bunga kangkung, bunga padi, bunga hitam, ...

NekNgah bole join group ni dekat FB. Saya pun ada join group ni. Dalam tu ada orang jual pinggan mangkuk lama.

https://www.facebook.com/groups/peminatpingganmangkuklama/

Selamat mengumpul.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 03:12 PM | Show all posts
Siapa yang gila corelle tu boleh join group dekat FB.

https://www.facebook.com/groups/641710472557257/


Group Pyrex.

https://www.facebook.com/groups/287886938026429/
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 03:16 PM | Show all posts
Pinggang mangkuk masa kawen tue dok tak bukak2 dalam kotak lagi aihhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 03:24 PM | Show all posts
aku suka jugak barang2 dapur ni.. sama dengan suami.. sama2 suka gadget dapur.. pinggan mangkuk.. tupperware.. tapi membeli bukan utk display. beli memang untuk guna.

pinggan corelle jadi pinggan harian.. agak2 bosan.. tukar ngan clayton.. smua hadiah kawin. dah berkenan dengan corelle... sikit2 kumpul duit tambah2 set dr design yg sama.. dr set 6.. jadi set 12.. pastu corningware jugak dr corak yg sama. senang bila masak banyak2.. bila hidang tu.. sedondon aje.. xsakit mata.

tupperware pon sama.. beli utk guna. mmg bersusun... anak2 bawak bekal ke sekolah tiap hari.. pasrah aje la bila ada yg tertinggal tumbler la.. kadang dapat balik.. kadang ilang terus.

pernah belikan mertua set corelle... skali bila ipar2 guna.. eh.. ringan mcm plastik.. ingat plastik. hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2017 03:48 PM | Show all posts
nobito replied at 18-7-2017 12:08 PM
Akak tak minat pinggan mangkuk ni.

Hubby selalu cakap sayang ni tak macam perempuan lain...sebab  ...

sama lah dgn aku...
dulu2 pinggan mangkuk sume cilok dari umah mak...
+ pinggan mangkuk free beli sabun..ubat gigi..etc etc.
seriously aku mmg x berminat...
yg penting makanan dlm tu sedap...
cuma masa g Aussie dulu tengok pinggan mangkuk Corelle
yg menjadi fevret acik2 kat sini mmg murah giler di sana...
so aku belilah..tu pun yg xde corak...
koser lah pulak nnt ada yg menegur bunga pesen lama....bla bla...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 04:28 PM | Show all posts
arasham replied at 19-7-2017 12:59 PM
Dok kondem eh, sama je kita hahaa.. Tu yg cite tadi, tgh minum kat ali maju, mamak tu mai bawak du ...

gamaknya muke ade cop "barang percuma sila bagi sini" kat dahi kite ye dak? kih3...

well, mmg rezeki u la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 19-7-2017 03:48 PM
sama lah dgn aku...
dulu2 pinggan mangkuk sume cilok dari umah mak...
+ pinggan mangkuk free bel ...

Hahaha... Kite gang sis..ingat akak sorang je yg tak minat pinggan mangkok ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 05:25 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-7-2017 10:06 AM
oh.. tq kaka.. so boleh la beli jenama claytan lagi lepas ni..
cumanya claytan ni pinggan mangkuk ...

x brp practikal utk daily use. sbb tu akak keluarkan sesekali je. akak x display sbb mmg x de lemari display
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinggan mangkuk yg dpt dari free gift pun ok jugak
Pecah pun langsung tak terkilan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 06:56 PM | Show all posts
Saya lelaki, tapi collection pinggan mangkuk saya banyak adalah dari fine bone China buatan England, France dan USA. Dan juga ada collection pinggan mankuk yang rare termasuk tea set.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 11:07 AM | Show all posts
MekArchana replied at 19-7-2017 03:09 PM
NekNgah bole join group ni dekat FB. Saya pun ada join group ni. Dalam tu ada orang jual pinggan m ...

Thank you MekArchana....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 18-7-2017 02:53 PM
Not me..
Rumah aku cuma ada sofa n tv..
Dapur pun tak serabut

Kita sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ad 2set correlle..x penh guna lg.arwah asben aku ckup bengang mse aku bli ari tu...aku ckp syg nk guna...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli pinggan mangkuk ikea je. Tak kuasa nak beli mahal-mahal. Itu juga la yang aku pakai setiap hari. Kalau ada tetamu datang, pakai disposable punya sudah. Keep simple je sebab serabut la kepala tengok pinggan mangkuk banyak-banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2017 01:29 PM | Show all posts
'Pinggan Viral' Mudarat Kesihatan?

PETALING JAYA: Pinggan mangkuk aneka warna dan hiasan memang nampak cantik, tapi ramai yang kurang tahu tentang implikasi penggunaannya.

Sejak tiga minggu lalu, pinggan mangkuk seramik ini tular dengan orang ramai menyerbu Pasar Seni dan beberapa lokasi lain semata-mata untuk mendapatkannya yang dijual pada harga serendah 50 sen.

Tidak lama selepas itu, tular pula dakwaan bahawa penggunaan pinggan mangkuk ini dalam penyediaan dan ketika menghidangkan makanan membahayakan kesihatan.

Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya.

Katanya, disebabkan sifatnya yang bertoksid, ia kurang sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman.

"Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.

"Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan," katanya kepada mStar Online.



Menurut Nor Asrina pinggan mangkuk ini begitu mendapat sambutan hangat sekarang berkemungkinan besar disebabkan seluruh permukaannya (luar dan dalam) disadur dengan kemasan atau cat yang menampakkannya lebih menarik.

Ini berbeza dengan situasi dahulu yang mana kebanyakan kemasan atau cat hanya disadurkan di bahagian luar atau tepi mangkuk, pinggan atau cawan.

Bagaimanapun katanya, ramai yang tidak tahu kemasan ini mudah terhakis (leaching) apabila suhu panas atau bertindak balas dengan asid, menyebabkan plumbum akan masuk ke dalam badan manusia dengan cara meresap dalam darah, berkumpul dalam tisu dan seterusnya membawa kepada penyakit serius dalam jangka masa panjang.

"Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.

"Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir," jelasnya.


Bagaimanapun, beliau tetap memberikan nasihat dan panduan kepada pengguna yang tetap berminat untuk menggunakan pinggan mangkuk jenis ini untuk menghidangkan makanan.

Pengguna disarankan untuk tidak menghidangkan makanan atau minuman berasid seperti buah oren, epal, tomato, kicap, sos, kopi, teh atau jus buah-buahan dalam bekas yang menjadi kegemaran mereka itu setiap hari.

"Jangan panaskan makanan dalam pinggan mangkuk ini dan jangan letak makanan panas di permukaannya kerana 'lead' akan cair pada suhu panas.

"Juga, jangan simpan makanan atau minuman di dalamnya lama-lama sebab lebih lama kita simpan, lebih banyak 'leaching' dan lebih banyak lead akan masuk dalam makanan dan minuman," katanya.

Nor Asrina menjelaskan adalah tidak adil untuk menyekat terus masyarakat daripada menggunakan pinggan mangkuk jenis ini.

Apatah lagi terdapat syarikat yang menghasilkan produk 'free lead' yang tiada langsung kandungan plumbum dan 'lead safe' yang bermaksud kandungan plumbum yang sedikit dan selamat digunakan yang biasanya ditulis pada bungkusan atau kotak.

Katanya, kebanyakan syarikat ini mempunyai latar belakang yang meyakinkan dan boleh dipercayai dalam pembuatan pinggan mangkuk seramik.

"Kita cuma boleh bagi kesedaran kepada masyarakat, kalau suka sangat mungkin boleh guna sekali-sekala atau letak makanan sekejap-sekejap sahaja, tapi bukan guna untuk hidang makanan harian," katanya.

Nor Asrina berkata agak sukar untuk mengesan kehadiran atau amaun 'lead' pada sesebuah permukaan dengan mata kasar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:48 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 20-7-2017 01:49 PM

setiap org ada minat masing2...nanti takde la pula org beli pinggan mangkuk dr syarikat penjual pinggan mangkuk...bisnes maa..

mcm forumer ckp, ada giler lego, ada giler gundam...ada yg giler pompuan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 18-7-2017 11:29 PM
yunkkkk .. weekend baru ni i masak lemang macam you .. not bad rasa dia .. cuma terlembik .. ...

hehe... boleh la kann
lama tak sembang ngan u
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 03:35 PM | Show all posts
elnor_81 replied at 20-7-2017 11:33 AM
Aku ad 2set correlle..x penh guna lg.arwah asben aku ckup bengang mse aku bli ari tu...aku ckp syg n ...

dulu aku sayang gak nak guna corelle, corning, vision...tapi lps dah tua ni rasa cam eh nanti aku mati terkilan pulak x smepat pakai, so skg ni aku pakai buat harian je semua tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.065264 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list