CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14825|Reply: 106

Berani Mati Amar Asyraf Bawa Isteri Ke Set Untuk Tengok Aksi Intimnya!

[Copy link]
Post time 19-7-2017 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Wah! Amar Asyraf tak takut ke isteri terasa hati melihat dia melakonkan babak intim dan ranjang bersama pelakon Nadia Brian dalam filem Blok 404?

Kalau nak tahu, Amar ni tak minta kebenaran daripada isterinya, Arna Salleh untuk melakukan aksi sedemikian sebab itulah dia membawa isterinya untuk melihat sendiri lakonannya di set penggambaran.









Memetik mStar Online, Amar menjelaskan isterinya bukan seorang yang kuat cemburu.

"Saya sebenarnya tak takut isteri marah, sebaliknya saya lebih bimbang kalau Nadia gagal melakukan babak itu memandangkan dia tiada pengalaman melakonkan adegan intim.

"Memang saya bawa isteri ke set penggambaran untuk tengok sendiri bagaimana saya melakonkan aksi itu, senang supaya tidak timbul isu lain.

"Alhamdulillah dia okey saja kerana dia tahu suaminya ini memang suka berlakon dan apa yang dilihatnya itu adalah semata-mata lakonan," katanya kepada mStar Online.








Tambah Amar, dia sanggup berkunjung ke pusat hiburan selama tiga hari berturut-turut kerana mahu melihat sendiri gelagat anak muda berhibur untuk dapatkan 'feel' karakternya.


Tetapi agak melucukan apabila 'kajiannya' itu membawa padah selepas dia tersilap masuk ke kelab gay sehingga menjadi perhatian ramai.

"Watak saya dalam Blok 404 memang seorang yang sosial dan bermasalah tetapi saya tidak tahu bagaimana anak muda zaman sekarang berhibur.

"Sebab itu saya pergi ke kelab untuk lihat sendiri agar dapat dipraktikkan dalam lakonan saya dan sebenarnya realiti lebih menakutkan daripada apa yang saya gambarkan dalam filem itu.

"aling lucu saya tersalah masuk kelab dan pelik mengapa semuanya lelaki dan barulah saya tahu ia adalah kelab gay tetapi ia pengalaman berharga," ujarnya.




Foto: IG Amar Asyraf




Tambah Amar, dia bersedia menghadapi hencapan orang ramai berikutan tindakan beraninya melakonkan aksi ranjang.

"Saya belum pernah menghadapi situasi kontroversi namun saya sudah bersedia sekiranya lakonan saya itu nanti akan mendapat reaksi negatif penonton.

"Jika orang tidak boleh terima itu maknanya mereka tidak faham kerja saya sebagai pelakon namun saya anggap itu perkara biasa," jelasnya.


Alahai, Amar. Berani 'mati' betul bawa isteri ke lokasi penggambaran untuk tengok dia melakonkan aksi ranjang. Semoga semuanya berjalan lancar lah ya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aksi ranjang konon ..ntah2 nanhado !!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:39 AM | Show all posts
barulah saya tahu ia adalah kelab gay tetapi ia pengalaman berharga



Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:41 AM | Show all posts
aksi ranjang taraf cmne tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:54 AM | Show all posts
nuralisa replied at 19-7-2017 03:39 AM
Aksi ranjang konon ..ntah2 nanhado !!

apa sangat la aksi ranjang filem melayu nih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosseerrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2017 11:57 AM | Show all posts
Themilo replied at 19-7-2017 11:54 AM
apa sangat la aksi ranjang filem melayu nih..

setakat berlakon atas katil
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke adegan ranjang tu?  Ke saja propa nk promote movie  nan sendu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyo lah amar ooiiii..nak dpt feel siap pergi kelab..jgn terjebak sudah..papepun dia berlakun ok tp bila dgn suara kepit dia je terus turnoff
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:09 PM | Show all posts
Anak dia tu sejibik muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:11 PM | Show all posts
ko da kenapa salah masok kelab. hahahahaaha :p
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:11 PM | Show all posts
motip sangat tak tau kelab gay? pegi sendiri redah ke? kalau tapernah mesti bawak kawan2... sah2 kawan tu tau.. hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
x ingat la pulak blok 404 yg dulu ada adegan atas katil yg 18sx. yg aku ingat adegan hantu jo... bangun jo... kih3
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:22 PM | Show all posts
comel lah anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:24 PM | Show all posts
...dalam erti kata lain nadia brian who are yussss tu masih suci yah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:26 PM | Show all posts
Entah-entah memang teringin nak pergi. Cover line la konon2 untuk pengalaman berlakon. Koserr sgt retis malaysia ni. Bab propa no satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pengalaman beharga
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:28 PM | Show all posts
Eh... beauty & the beast pun hampir2 tak leh tayang sbb ade scene kecenderungan begitu... boleh pulak nak buat jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
akumak replied at 19-7-2017 12:17 PM
x ingat la pulak blok 404 yg dulu ada adegan atas katil yg 18sx. yg aku ingat adegan hantu jo... ban ...

kalau xsilap scene bukak butang jeans nabila huda ken..ka iols salah cita ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:31 PM | Show all posts
apedehal replied at 19-7-2017 12:28 PM
kalau xsilap scene bukak butang jeans nabila huda ken..ka iols salah cita ni

yang bukak tu boy iman kan? hahahaha

i pun ingat-ingat lupa lah!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.224761 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list