View: 5633|Reply: 38
|
Kisah Rumah Terbuka Orang Kita
[Copy link]
|
|
Sehingga kini, di penghujung Syawal, majlis rumah terbuka Adilfitri masih diadakan. Sama ada di tempat kerja, rumah sendiri, kediaman bos mahu pun kawan dan segala macam.
Hakikatnya kita (orang Melayu Islam) suka majlis rumah terbuka.
Agama menganjurkan atau menggalakkan umat Islam menziarahi saudara mara, rakan taulan, sahabat handai pada Hari Raya untuk bermaaf-maafan dan merapatkan silatulrahim.
Oleh kerana orang Melayu menganggap “Hari Raya sebulan” amalan kunjung mengunjung “ dijalankan sepanjang Syawal.
Namun, bayangkan jika anda datang mengunjung tapi orang yang dikunjung tidak ada di rumah.
Jangan nafi anda akan kecewa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/20/141038quc6ccyvsswcmwll.jpg) Foto: Projek Travel
Bayangkan pula jika anda si tuan rumah, sedang bersantai dengan keluarga atau sedang memberes urusan famili. Tiba-tiba munjul pengunjung dengan keluarganya.
Jangan nafi anda akan, paling tidak, terkejut.
Dan kelaziman orang Melayu, anda akan merasa “tidak sedap ” jika tidak menghidangkan juadah untuk si tetamu. Walaupun tidak ada apa-apa di peti sejuk yang boleh dimasak. Takkan nak sajikan mee segera.
Maka anak anda akan di kerah, keluar ikut pintu belakang pergi ke kedai dan beli apa yang patut untuk disajikan kepada tetamu. Tak kiralah bahan mentah untuk dimasak atau makanan yang sedia dimasak.
Si tetamu pula akan juga rasa “tidak sedap hati” kerana telah “menyusahkan” si tuan rumah.
Untuk mengelakkan situasi seperti itu wujudlah konsep rumah terbuka. Yang lahir pada zaman moden dan diamalkan khusus di bandar.
Dulu masa saya kecil, “unexpected guests” datang perkara biasa. Dan mereka diraikan dengan kopi, teh dan makanan simple. Apa yang ada je - tak kisah lah, biskut, pisang atau ubi goreng. Kalau mereka bernasib baik ada mee atau mee hoon di dapur dan rencah dalam fridge. Terhidanglah mee atau mee hoon goreng.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/20/141039gaygjeatdjzjj118.jpg) Foto: Naeltrg Blog
Sekarang orang Melayu akan tetapkan tarikh khas (bila semua orang free) untuk menjemput saudara mara dan kawan-kawan datang ke rumah.
Sekaligus, sekali harung rai semua. Senang cerita. Makanan disiapkan, biasanya lumayan.
Tapi sekarang kos mengadakan rumah terbuka memang tinggi. Seringkas mana pun. Sebab semua benda dah mahal.
Tapi bila kita dah pegi ke rumah terbuka orang, tentu kita pula nak balas “hospitality” mereka. Orang Melayu lah katakan - “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”.
Lantas kita pula buat rumah terbuka dan jemput mereka. Kali ini kita jadi tuan rumah mereka jadi tetamu.
Hadirin lain pun akan ikut mengadakan rumah terbuka masing masing dan menjemput kita pula.
Most of the time the same people gets invited .
Di pejabat pun ada majlis rumah terbuka. Kalau syarikat besar atau kementerian mahu pun agensi kerajaan biasanya ada majlis terbuka “induk”. Diikuti open house anjuran jabatan atau unit.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/20/141039c8fklkr5fr5lkkfh.jpg) Foto: Wanista
Umpamanya hari ini jabatan kewangan, esok rumah terbuka jabatan pentadbiran dan seterusnya .
Sekali lagi orang yang sama akan hadir dan menu yang sama dihidangkan. Atau hampir sama. Mungkin ada satu dua dish yang beza.
Itu keadaannya secara am, secara rambang.
Orang politik pula menganjurkan open house secara besar-besaran. Malah ada yang buat majlis rumah terbuka berulang kali. Bukan sahaja di rumah bahkan di dewan dan sebagainya.
Orang politik memang terpaksa buat majlis rumah terbuka. Tak payahlah ditanya kenapa dan mengapa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/20/141501lv825vccsc5o9o59.jpg) Foto: BH Online
Kesimpulannya rumah terbuka akan tetap diadakan sepanjang Syawal. Dan ada juga yang buat open house walau pun dah masuk Zulkaedah.
Selamat menjamu selera tanpa lupa matlamat sebenar majlis rumah terbuka. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang org sharing makanan ala potluck gitu..tak kuasa tuan rumah nak keluar duit buat open house.. tetamu makan nak mencekik lepas tu balik gitu saja..
Tak kuasa dik oiii melainkan ko kaya ada duit. |
|
|
|
|
|
|
|
mencekik semahunya
lepastu blahhhhhh
makan free oi ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sudah share2 buat jamuan utk kwn opis..aku x p pon sbb aku merajuk..aku sumbang duit tp cdgn aku depa buat xtau..tanya sikit sentap kuar emel berjela2..
sudahnya aku x atend pun jamuan..makanan belambak2 tak habis..membazir sgt aku rasa..ee terasa payahnya keja dgn malays mcm nii..besederhana x bolehka..aku pun tak rasa beban kuar duit..ni byr dahla mahal..tp keputusan syok sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Da org jemput,pi jela..tp me klu yg rapat2 bole la tlg2 kt dapur like cuci2 cwn n pinggan even yg ade maid pun,at least tlg2 refill mknn. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lg masa iols kecik, tetamu dtg rumah mengejut.. Kt dapur xde brang basah nk dimasak.. Gigih mak iols g petik pucuk ubi, nangka etc buat lauk.. Even iols pon terikut2 didikan mak iols utk meraikan tetamu walopun terpaksa kena sembelih ayam terakhir yg dlm reban.. |
|
|
|
|
|
|
|
Open house slalu dtg bwk potluck je |
|
|
|
|
|
|
|
open house di ofis..ok la..kutip duit....pegi beraya ambik makanan dari unit tingkat empat ke aras bawah...hahhahaha..jenuh naik turun lif..skrg dah buat kat lobbi..makin la senang nak ambil makanan..tak habis...tapau bawa balik umah..alhamdulillah..xmembazir |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by haryatie at 20-7-2017 04:19 PM
x rajin la nk gi open house ni..bukan sombong atau memutuskan sillatrurahim
tp tengok kesesuaian dgn keadaan, masa dn tempat nk yg dituju..
x harap sgt org menjemput, sbb nnti rasa serba salah kalau x dpat hadir
sendiri pun mmg x suka nak terjah2 rumah org
konsep beraya sebulan ni mmg xde la dlm kepala otak
so ada atau xde open house ni x kisah pun
sendiri pun x pernah lagik buat open house
selalu bwk jerk dtg ofis bila ada jamuan raya kat ofis
x raya pun mmg selalu jamu kawan ofis
|
|
|
|
|
|
|
|
opis aku senang, semua tunggu co yg bayar buat open house raya...![](static/image/smiley/default/lol.gif)
takde maknanya nak buat pakai duit sendiri![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu ni, setiap hari ada open hse dr setiap unit. Ada tu satu hari ada 5 jemputan.
pelik betul orang2 ni, suka sgt makan2 dan ada yg boleh attend 2-jemputan.
I malas nak pergi, malas nak berebut makanan |
|
|
|
|
|
|
|
ofis aku lagi best
korang ingat dia heran nak buat open house ni sume
membazir katanye
pandai2 la staff buat pot luck |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 20-7-2017 07:26 AM
mencekik semahunya
lepastu blahhhhhh
Aku gi open house aku tgk tandas dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm dah kurang perangai ramah tamah org melayu ...dijemput pon sengaja takmau dtg, orang dtg rumah pulak dikutuk2 ... tak mcm melayu dulu, tetamu yg dtg rumah ni umpama rezeki...mungkin ni ialah tanda bangsa melayu makin maju mengikut peredaran zaman.. |
|
|
|
|
|
|
|
erm harap budaya dan peel macam ni tak berterusan
iols kalau yang jemput dlm group kdg tak dapat dtg iols minta maap sesiap kat tuan umah
tapi kalau yang gegeh sampai buat undangan through personal wassap
seboleh boleh iols cuba hadirkan diri
lepas tu buat gak potluck raya
yelah kadnag tak semua tuan umah yang mewah nak sponsor serba serbi kan
tapi sedih bila tengok open house opis
dalam plastik smpah tgk lemang tak makan sampai dua ketul
tak salah amik sikit, nak tambah lagi ye dak
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu yg buat open hse ni org kaya je.. skrg kqlo xde open hse,org xnqk dtg ke umah.. apa kaaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Paling benci kalau kita jemput open house aka makan2..dorg tanya " menu apa ko masak.."
Amboii dh org jemput..ko dtg jela mkn apa yg ada..takyah la nk tnya2 menu.nak compare umah A dgn umah B..org dh jemput,kalau taknak dtg.tak payah dtg..simple as that |
|
|
|
|
|
|
|
ctsueraya replied at 21-7-2017 10:05 AM
erm harap budaya dan peel macam ni tak berterusan
iols kalau yang jemput dlm group kdg tak dapat ...
Tu la cikct ooi, dlm forum mcm kurang dah sopan santun melayu nye, harap2 real life tak ramai mcm ni perangai la...ramai jemputan byk la peelnya, berlapang dada ikhlas hati..buatpe nak kutuk2 blkg, hilang berkat sedekah..takmo masalah jgn jemput org dtg, dudukla sorang2 jadi kera sumbang |
|
|
|
|
|
|
| |
|