|
sumber : Berita Harian
Akibat mengedit gambar PM bersama wanita berpakaian menjolok mata dan muat naik di Facebook miliknya pada tahun lalu, suspek yang merupakan seorang pembantu kedai kasut hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen.
Memetik laporan Berita Harian, hukuman penjara sehari dan didenda RM3,500 telah dijatuhkan oleh Hakim Zaman Mohd Noor ke atas suspek yang berusia 40 tahun, Muhammad Zaidi Abdullah.
Bagi tuduhan pertama dan kedua, Muhammad Zaidi didenda masing-masing RM1,000 dan sekiranya gagal bayar boleh dipenjara sebulan.
Selain didenda RM1,500 untuk tuduhan ketiga ini, suspek turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal bayar serta dihukum penjara sehari, untuk tuduhan ketiga.
Semua perbuatan itu masing-masing dilakukan pada jam 4.07 pagi, 3 Disember 2016; jam 6.31 petang, 5 Disember dan jam 7.35 petang, 6 Disember 2016.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohd Sophian Zakaria manakala OKS diwakili peguam Adlizan Noor.- CARI |
|