'Berilah saya kerja'
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/246435/berilah-saya-kerja
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 6:52 AM
Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my
MOHD SHUKRI bersama isteri dan anaknya di Kampong Orang Asli, kampung Palebar. FOTO Mohd Khidir Zakaria.
Port Dickson: “Ketika ini, keputusan dibuat terlalu sukar namun apakan daya, saya tidak mampu menyewa rumah.”
Itu luahan Mohd Shukri Azali Musa, 27, yang terpaksa menumpang di rumah ibu mentuanya yang bukan beragama Islam berikutan kesempitan hidup sejak enam tahun lalu.
Mohd Shukri berasal dari Kuantan, Pahang yang berhijrah ke Seremban sejak 10 tahun lalu melakukan pelbagai pekerjaan hingga bertemu jodoh dengan Norshimah Sekil Abdullah, 28, iaitu anak Orang Asli Kampung Palebar, Sendayan.
Perkahwinan pasangan itu akhirnya dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Alif, 5, dan Lara Alyana, setahun.
Bagaimanapun, anak sulung pasangan itu terpaksa dijaga ibu Mohd Shukri di Pahang berikutan kesempitan hidup selepas tidak mempunyai pekerjaan tetap.
|