CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6376|Reply: 37

[Tempatan] Emas Dalam Kawasan Rumah Adalah Milik Kerajaan – Boleh Gali Tapi Tidak Boleh Amb

[Copy link]
Post time 21-7-2017 10:49 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Terengganu: Boleh gali tetapi tidak boleh ambil. Itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk Kampung Jenang, Marang di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang.

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.



Menurut Yunus, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

“Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.



“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya.


Kredit: HarianMetro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 11:06 AM | Show all posts
x boleh ambilll ker walaupun kat tanah sendiri...
diam2 jerk laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk benau
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg galian, pasir etc Bukan milik kita
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 11:41 AM | Show all posts
haryatie replied at 21-7-2017 11:06 AM
x boleh ambilll ker walaupun kat tanah sendiri...
diam2 jerk laaa...

betul tue.. snyp2 dah la.. bila kecoh mcm nie la jdnya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 11:54 AM | Show all posts
yg pi gigih bitau reporter smpai kluar paper tu apahal la makcik

dlu pn kt satu kg aku ada jupe emas blkg umah, gigih gak gali, tapi senyap2 sudah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2017 12:02 PM | Show all posts
hahahaha kan kerajaan dah tau
tu la lenkali selidik dulu

sama juga MLM bangang je yg war war dah kaya.....
yang bijak dia diam je makan sorang
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:20 PM | Show all posts
hadoi..amek senyap2 jela. dok canang wat mende nye. terpaksa bagi kerajaan pulak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 12:26 PM | Show all posts
senyap2 dah lah makcik. gomen of course claim emas tu diorg yg punya.

padahal emas tu Ahmad Albab yg punyaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pon..cuba cek geran tanah.. hak milik kita yg di atas tanah je..di bawah tanah milik kerajaan.

Korg baru tahu ke? patutla..kecoh lagi..padan muka lain kli senyap2 dahla..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau dah pasal ni
Pastu org bijak sikit bila ada org ckp nk gali emas dlm ladang, dia tgk ada lesen tak. Tapi yg bodonya penggali emas bkn gi tanya tuan geran tanah tu. Lompong2 ladang org tu, tibe2 tuan tanah balik mengejut, mencicit lari angkut semua jengkaut.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:33 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 21-7-2017 12:02 PM
hahahaha kan kerajaan dah tau
tu la lenkali selidik dulu

kan... budus tul..... mcm yg budus curi 1 sen stp akaun dulu tuh...
dah la koje biasa dok tyg kereta mewah ... budus
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh duit gst dia sbt, emas kat tanah sndri pun nk sbt jgk. Semua bnd dia nak rembat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:55 PM | Show all posts
tapi duit rakyat banyak disonglap ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 02:22 PM | Show all posts
Lama dah tau. Tp sekurang2nya dia org bagitahu macam mana nak usahakan.
Kalau aku buat senyap2 je.. ambik hasil dulu. Jual la kat pasar gelap. Murah sikit takpe.
Lepas tu boleh beli tanah2 berdekatan. Dah cukup barula ikut step yg betul...

Mungkin boleh beli mesin terpakai Todd Hoffman
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 03:55 PM | Show all posts
"Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya."

tak paham part ni...kalo dah takleh amik...mai kot mana keuntungan sampai nak kena bayar 2.5% royalty kat kerajaan negeri? boleh amik ke tak boleh amik sebenarnya ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 04:00 PM | Show all posts
Ambik lesenlah...mcm kat sini  kena ada lesen nak menggali, dpt gold nugget tak kira tanah sapa jadi hak milik kita..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam islam kira mcmana ek?....

Aku dah lupa bab humpa harta karun ni...

Tapi ni kira harta galian kann...
So kira hak tuanpunya tanah lah kannn....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 21-7-2017 12:51 PM
Ceh duit gst dia sbt, emas kat tanah sndri pun nk sbt jgk. Semua bnd dia nak rembat.

Jgn in future dia kata segala hasil buah buahan di tanah sendiri adalah milik kerajaan....tuan tanah wajib serahkn pada kerajaan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 21-7-2017 11:06 AM
x boleh ambilll ker walaupun kat tanah sendiri...
diam2 jerk laaa...

Yupp betul, milik kita yg ataih tanah aje ...  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.079292 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list