CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5137|Reply: 31

[Tempatan] Pensyarah warga Iran ditemui mati, dipercayai meminum bahan kimia.

[Copy link]
Post time 21-7-2017 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Pensyarah warga Iran ditemui mati

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/246329/pensyarah-warga-iran-ditemui-mati

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 10:57 PM

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


PASUKAN Hazmat melakukan pemeriksaan dan pembersihan kawasan yang dipercayai terdedah bahan kimia.  FOTO ihsan bomba.


PENSYARAH lelaki warga Iran ditemui mati di universiti swasta di Seri Iskandar dipercayai akibat meminum bahan kimia hari ini.

Kejadian itu mengakibatkan khidmat bomba digunakan bagi membersihkan dan memeriksa kawasan yang dipercayai terdedah kepada bahan kimia.

Sumber berkata, mangsa berusia 40-an dan mayatnya dihantar ke Hospital Batu Gajah sebelum dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat esok.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai berlaku tumpahan bahan kimia di universiti terbabit pada 11.30 pagi.

"Bomba menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan berlaku kejadian tumpahan raksa di ruangan koridor dan pejabat di universiti terbabit.

"Sebaik tiba di lokasi didapati polis dan hospital sudah berada di kawasan kejadian. Pasukan Hazmat membuat pemeriksaan sebelum berjaya menemui kesan muntah manusia yang bercampur dengan bahan bersinar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, turut ditemui sebotol bahan merkuri sulfate sebanyak 250 gram di dalam rak di ruangan pejabat berhampiran.

"Anggota Hazmat bertindak membuat penandaan di kawasan itu dan seterusnya mengambil sampel muntah dan juga botol mengandungi bahan kimia terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

"Pembersihan sekitar kawasan kemudian dilakukan dengan menggunakan cecair peluntur sehingga bersih sebelum operasi tamat pada 5 petang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

"Bedah siasat masih belum dilakukan dan punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas ia dijalankan di HRPB esok," katanya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 10:59 AM | Show all posts
sayang nya dek...
sedap ke idok persian itu??
ada pic??
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 11:38 AM | Show all posts
xsyg nyawa smpai sggup bnuh dri dgn minum racun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 21-7-2017 10:59 AM
sayang nya dek...
sedap ke idok persian itu??
ada pic??

mostly persian yg akak jumpa kat kl sedap2 belaka. baka memang baik
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Suicide ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:00 PM | Show all posts
seri iskandar?? UTP lettew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2017 12:07 PM | Show all posts
associate professor tu

ntah apa masalh
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:09 PM | Show all posts
Depression tak dapat balik negeri ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 12:11 PM | Show all posts
nak mati pon menyusahkan orang minum bahan kimia bagai. satu hal pulak team hazmat nak bersihkan kawasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:13 PM | Show all posts
UTP ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:21 PM | Show all posts
batmana replied at 21-7-2017 12:07 PM
associate professor tu

ntah apa masalh

kat mana baca dia associate professor?
tadi tengok direktori uni *yg dispeku* tu
ada 2 orang AP nationality Iran
sorang department civil & environmental eng.
sorang lagi department mech. eng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 21-7-2017 04:13 AM
UTP ke tu?

Memang sah UTP...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian students, mesti trauma nak pergi bilik/ lab tu. Tak disambung contract @ family problem.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:54 PM | Show all posts
stress buat research x menjadi ke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 21-7-2017 10:59 AM
sayang nya dek...
sedap ke idok persian itu??
ada pic??

Persian mmg lawa2 sis...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 02:37 PM | Show all posts
td anmpak UTP tweet pasal ni

tp dia x bgtau suicide
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 02:57 PM | Show all posts
Changa replied at 21-7-2017 10:59 AM
sayang nya dek...
sedap ke idok persian itu??
ada pic??



pnh jadi ex kolig i utk beberapa ketika... kalau ikutkan bukan minum tapi terkena pencemaran merkuri...

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 02:58 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 03:10 PM | Show all posts
kesiannya..
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 21-7-2017 02:58 PM

Bekas rakan sekerja ..tapi tak kenal sangat la sbb bukan satu faculti. Menurut rakan2 opis dia, arwah ni lecturer yang sangat baik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.073986 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list