CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 11

[Tempatan] Hari-hari terakhir Syawal, open house terbuka akan dikunjungi puluhan ribu orang

[Copy link]
Post time 21-7-2017 11:40 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU 21 Julai - Kehadiran luar biasa rakyat Kelantan pada program-program anjuran UMNO sekarang ini perlu diterjemahkan dalam bentuk undi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan dan memerintah negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata mandat rakyat penting kerana kerajaan pimpinan BN berazam untuk memajukan negeri ini demi kemakmuran rakyat, yang tertinggal 27 tahun di bawah pemerintahan kerajaan PAS.

"Rakyat Kelantan bukan sahaja dahagakan pembangunan tetapi juga pengisiannya. Benar harus ada perimbangan duniawi dan ukhrawi, perimbangan fizikal dan rohani tetapi usaha memajukan rakyat juga adalah mustahak," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, di sini hari ini. 


Turut hadir bersama kira-kira 20,000 orang ialah Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Terdahulu, ketibaan Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO dan kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, diiringi oleh 1,000 anak muda yang menaiki 500 motosikal ke Kompleks YKK.

Ahmad Zahid berkata kerajaan persekutuan pimpinan BN sentiasa mengutamakan kemajuan rakyat walaupun parti itu menjadi pembangkang di Kelantan.

“Kerajaan persekutuan memperuntukkan jumlah yang besar iaitu RM12.7 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk pembangunan Kelantan," katanya.

Beliau berkata kerajaan persekutuan juga memberi keutamaan pembangunan dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, agama, keselamatan dan sosioekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta anak-anak Kelantan yang berada di luar, kembali memberi sokongan kepada BN untuk mentadbir negeri ini. - BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahaha Sakai nya UMNO buat rumah terbuka pastu expect orang undi dia. Apa neraka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 04:32 PM | Show all posts
rasuah dengan jamuan raya jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu berita lain, wartawan goreng kononnya tu tanda sokongan rakyat. Walhal sebab dpt makan2 free
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup umno utk selama lamanya..walau kiamat dtg umno tetap wujud
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan free sape yang tolak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 03:00 PM | Show all posts
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

hoi makan free sape tolak? x semestinya kat kelantan je, ko hidang mkn free kat KL pun org serbu la bangang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka ummah pprt berbondong2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2017 08:15 PM | Show all posts
10,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Hulu Langat


HULU LANGAT 23 Julai - Rakyat pelbagai kaum dan agama bersama meraikan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Hulu Langat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih yang diadakan di Beranang, Semenyih di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat merangkap ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, seramai 10,000 masyarakat memeriahkan program yang bermula pada pukul 3 hingga 6 petang itu.

“Saya merakamkan penghargaan kepada tetamu yang hadir. Kehadiran mereka mampu meningkatkan perpaduan serta mengeratkan hubungan persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta agama di daerah ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 200 kanak-kanak selain berpeluang bersalam-salam dengan pengunjung dalam majls yang diserikan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Haqiem Rusly, Siti Nordiana, Hafiz Suip dan Azmi Saat Caliph Buskers. - UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Konpom PRU taun ni BN rampas Sgor.
Ulas katimon miskam dr ulu banat
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Konpom PRU taun ni BN rampas Sgor.
Ulas katimon miskam dr ulu banat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.061253 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list