View: 1032|Reply: 9
|
[Dunia]
Di Britain, umur 68 tahun baru layak dapat pencen
[Copy link]
|
|
LONDON – Usia kelayakan pencen negara di Britain akan dilanjutkan daripada 65 kepada 68 tahun demikian menurut usul kerajaan kelmarin.
Cadangan itu akan menyebabkan pekerja yang lahir antara tahun 1970 hingga 1978 perlu bekerja setahun lagi sebelum layak menikmati pencen masing-masing.
Usia kelayakan pencen negara di Britain pada masa ini ialah 65 tahun, namun ia akan dilanjutkan kepada 68 tahun dalam tempoh beberapa dekad akan datang.
Menteri Kebajikan, David Gauke memberitahu Parlimen kelmarin bahawa beliau telah menerima cadangan untuk merombak usia kelayakan pencen sekarang kepada 68 tahun.
Peraturan baharu itu akan dilaksanakan antara tahun 2037 hingga 2039 berbanding 2044-2046 seperti yang dirancangkan sebelum ini.
Rancangan sedia ada untuk meningkatkan usia persaraan kepada 66 dan 67 tahun masih kekal, kata beliau.
“Jangka hayat (manusia) terus meningkat, manakala bilangan pekerja yang layak untuk menerima pencen negara juga terus bertambah.
“Kita perlu memastikan bahawa kita mempunyai sistem pencen yang adil dan mapan seiring dengan kehidupan moden serta dapat melindungi generasi di masa hadapan,” kata Gauke.
Usul itu bagaimanapun perlu mendapat kelulusan Parlimen sebelum boleh dikuatkuasakan.
– Reuters
|
|
|
|
|
|
|
|
orang eropah hidup lama orang melayu ramai mati awal |
|
|
|
|
|
|
|
Yolah tu jgn praktik disini pula nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Barangkali diusia2 macam tu mereka masih fit untuk bekerja. Sihat tubuh badan. Kalau kat sini, umur 40++ dah macam2 penyakit hidap. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Malaysia pun terikut2 nak tiru sistem Britain ni. Nanti kita boleh lihat ramai orang tua bekerja di 7eleve, McD dan sebagainya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nyanyuk ke umur 68 pun masih nk bekerja... |
|
|
|
|
|
|
|
orang europe pengangur, gelandangan pun dapat elaun
duda n ibu tunggal pun ada elaun so, ybther y bother? |
|
|
|
|
|
|
|
Almost 50 years of life kena spend bekerja |
|
|
|
|
|
|
| |
|