CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13144|Reply: 166

[Dunia] Harga iPhone 8 cuma RM4,715 sahaja

[Copy link]
Post time 22-7-2017 10:01 AM | Show all posts |Read mode


NEW JERSEY 21 Julai – Pelancaran telefon pintar baharu keluaran Apple, iPhone Pro yang juga dirujuk sebagai iPhone 8 tidak akan mengalami kelewatan dan dija­dualkan berada di pasaran dalam tempoh dua bulan lagi.

Menurut portal berita CNBC yang memetik kenyataan JPMorgan berkata, bagaimanapun tele­fon pintar itu hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad bagi kelua­ran kali pertama.

Selain itu, beberapa laporan juga berpendapat bahawa produk Apple itu tidak akan dilancarkan sehingga Oktober atau Disember tahun ini berikutan beberapa isu berhubung kegagalan peranti untuk membaca cap jari melalui skrin.

“Kami tidak percaya jadual pengeluaran Apple berubah secara drastik dengan laporan kelewatan terkini tidak bercanggah dengan keputusan syarikat itu membuat kemunculan semula pada musim bunga ini.

“Kami menjangkakan sedikit kelewatan pada September bagi Perkhidmatan Pengilangan Elektronik (EMS) bagi pengeluaran untuk model Pro dan pengelua­ran kemudiannya melonjak pada Oktober sekali gus membolehkan sasaran dicapai pada penghujung Oktober dan awal November,” katanya di sini hari ini.

Menurut laporan itu lagi, harga jualan iPhone Pro dijangka meningkat susulan kenaikan kos pengeluaran dengan purata harga jualan dianggarkan meningkat AS$100 (RM428) kepada AS$1,100 (RM4,715) sebuah.

Telefon iPhone Pro menawarkan pelbagai ciri baharu antaranya skrin OLED yang lebih cerah dan berwarna, pengecasan tanpa wayar dan pengecaman wajah. – AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2017 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tazzabarrrrr! Baru ja semalam baca nanti postpone ke bulan 11...rupanya x postpone punnn...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 10:18 AM | Show all posts
Ye ke....

Baik acik beli OnePlus 5 jah....dapat 2 biji dgn harga sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm cuma 4k+++..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 10:35 AM | Show all posts
Amboi harganya. Dah boleh beli sebuah motorsikal kapcai oiiii.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgok tp x reti pakai ipong.. Buta it lah katakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2017 10:42 AM | Show all posts
rukia2 replied at 22-7-2017 10:41 AM
Suka tgok tp x reti pakai ipong.. Buta it lah katakan

Buta IT x mengapa. Asalkan poket tebal....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 10:57 AM | Show all posts
Mampu tengok saje lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2017 11:12 AM | Show all posts
dah tak mampu sibuk nak membeli juga. tgk akak pakai hp lumia tak de thumbprint, tak de selfie, murah2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:12 AM | Show all posts
patut iphone ni kuar 5 tahun sekali aja lar
psl kaki kipas ipon slalu claim ipon ni bole guna lama smpai 5,6 tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih setia dengan 5s...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 22-7-2017 10:01 AM
NEW JERSEY 21 Julai – Pelancaran telefon pintar baharu keluaran Apple, iPhone Pro yang juga dir ...

Harga sebijik telepon dah blh bayar downpayment kereta

#rakyatmampu
#akakmamputgkjer
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:22 AM | Show all posts
Edited by hanalisa at 22-7-2017 11:23 AM

mak aii. rasanya baru je kluar iphone 7, dah ada lagi yang baru.

iols lebih sanggup guna duit RM4700 tu beli imac lagi seketul chuols. tambah sikit ja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-7-2017 11:12 AM
dah tak mampu sibuk nak membeli juga. tgk akak pakai hp lumia tak de thumbprint, tak de selfie ...

I pun pakai lumia je akak.. Tapi lately ni kerap betul hang.. Berat sangat dosa dalam phone i agaknya.. Rasa nak lempar ke dinding aje. Nasib tak ada duit nak beli baru. Kalau tak.....  :
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:24 AM | Show all posts
beli laptop power main game lg berbaloi.... tapikan.... sykt aku suka bg free.... nak buat camne pakai je la
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 22-7-2017 10:35 AM
Amboi harganya. Dah boleh beli sebuah motorsikal kapcai oiiii.......

Gaji sebulan skang  pn x cecah byk tu lg   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mampu sentuh.. mampu belai2 jer la nmpaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ellZack replied at 22-7-2017 11:22 AM
I pun pakai lumia je akak.. Tapi lately ni kerap betul hang.. Berat sangat dosa dalam phone i agak ...

Uols gna lumia yg mna?iols pnya lumia dh kuar muka masam x leh on dah....tp mama iols pnya ok lg..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:33 AM | Show all posts
ellZack replied at 22-7-2017 11:22 AM
I pun pakai lumia je akak.. Tapi lately ni kerap betul hang.. Berat sangat dosa dalam phone i agak ...

akak ada 4 biji smartphone,

huawei, lumia, sony, samsung

setakat ni yang track rekod huawei media pad x1,
lumia ok tp battery dia kalau thetering mcm monopause
sony samsung ok tp lagging

ala tak mati tergolek pun pakai hp biasa.iphone tu untuk budak wechat baru nak kenal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 22-7-2017 10:42 AM
Buta IT x mengapa. Asalkan poket tebal....

Tebal dgn resit kedai 2ringgit.. Ehh, 2ringgit doblas sen   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052611 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list