CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4894|Reply: 66

Balas Dendam! Budak 13 Tahun Mangsa Buli Racun Rakan Sekelas

[Copy link]
Post time 22-7-2017 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar tingkatan satu ditahan polis kerana didakwa meracun rakan sekelasnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, semalam.

Utusan Malaysia melaporkan mangsa mengalami muntah-muntah selepas beberapa minit memakan mi goreng yang dicampur dengan racun lipas, diberikan oleh suspek.

Pihak polis memaklumkan, bapa mangsa berusia 49 tahun telah membuat laporan polis tentang perkara yang menimpa anaknya, sebelum suspek ditahan di rumahnya pada pukul 2.30 pagi.

“Mangsa yang tidak mengetahui mi diberikan sudah dicampur de­ngan racun telah memakan makanan menyebabkan dia menga­lami muntah beberapa minit kemudian. Suspek yang panik dan menyerahkan racun tersebut kepada rakan sekelas lain kemudian bertindak memaklumkan perkara itu kepada guru,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar.

Dalam pada itu, dilaporkan datuk kepada suspek turut membuat laporan polis pada petang semalam dan mendakwa cucunya sering dibuli oleh mangsa dengan meminta wang dan makanan setiap hari. - CARI


Foto: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la golongan pembuli ni time kecik2 lagi..biasa yg kena buli dah beso br jadi psiko bunuh org bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga pembuli juga dikenakan tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan la muka si pembuli tu. Mee yg pmbuli tu mkn adakah mi suspek? Klu mee suspek, cash la kau kna racun kn dekkk, jahat sgt kau sllu pau duit n bekal org. Moga jd ngajaran utk kau n parent kau.

Kpd adik yg meracun, lain kli jgn racun org, xpsal2 dah jd kes polis. lapor je pd guru, klau guru x ambik tndakan lapor polis plk.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 05:05 PM | Show all posts
walaupun kena tangkap.. sekurang nya puas hati juga dapat racun si pembuli

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 05:08 PM | Show all posts
dah xtahan sgt dibuli tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2017 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo patutlah dia bagi racun.. dah kau pow dia hari-hari. Mee yang ko makan tu pun makanan dia kan.. sebab dia tau kau akan pow

No alfatihah for u...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash sgt dekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nk padankan atau kesian.

1) kepada pembuli: pengajaran utk hang..lain kali jgn nak buli org..13thn dh membuli..nti ke depan nk jadi apa.. Say no to bully

2) kepada yg dibuli: jgn amk tindakan sendiri..bagitau ibu bapa guru kalau dibuli..
3) kepada ibu bapa guru : tolonglah amk peduli dan perhatian kalau anak2 mengadu dibuli..mula2 mmg sikit..lama2 akan merebak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu je jawapnya kan..nak kaki pow sangat kan..terus termuntah2 lps mkn racun..padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 05:31 PM | Show all posts
ai baca nih kat fb..

malas nak sc.. i copy paste je lah ayat orang tuh..


Xjauh dari rmh aku ni.. bukan die sorg je kene buli.. budak lain pun ade tmsuk adik kwn aku sorg.. mnta mkanan lah.. suruh belikan mkanan lah.. minta duit lah.. mngsa2 dah buat repot dh kat cikgu dsiplin tapi ntah apa tindakan yg diambik.. pndai plak cikgu2 ckap jgn sebar kot jaga nama baik skolah.. last2 doktor yang sebar sbb bpak budak yg kene racun tu buat repot polis.. last2 kene siasat pnca.. budak tu pmbuli. tu la jadi.. nasib racun lipas.. lau racun tikus.. ehemm2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha....karma.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik tak mati budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik tak mati budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 06:25 PM | Show all posts
sekolah nak jaga nama biarkan pembuli , lepas tu ada kes kematian buli cm UPNM baru nak kecoh? mohon KPM siasat siapa cikgu displin.

dah buat anak tu pandai lah didik anak supaya tak buli anak orang lain. akak dulu kena buli tak main report cikgu displin sekolah sebab sibuk nak jaga nama sekolah . akak report mak ayah budak tersebut kena tibai  kaw2. budak tu tak de dendam pun dah salah dia.

sekolah taliban sekolah asrama agama swasta sendu, akak kena buli kaw2, ambil keputusan seminggu 2 kali duduk bilik sakit. 4 bulan je akak sekolah situ. buli sebab tak hormat senior je. yang buli teruk tu sebab 3 beradik satu sekolah, adk bongsu dia punya locker tak boleh buka, kawan akak duk main sebab locker pakai mangga nombor jadi kawan akak jakun, dengan akak sekali kena tibai. bodoh betul mak bapak tak pandai didik anak duk tibai anak orang.



nasib baik zaman tu kedai hardware selalu tutup , jadi nak beli racun lipas tu susah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 06:27 PM | Show all posts
ntahhapehape replied at 22-7-2017 05:19 PM
Tak tau nk padankan atau kesian.

1) kepada pembuli: pengajaran utk hang..lain kali jgn nak buli o ...

salahkan cikgu, mak bapak budak tu, n budak tu sendiri.

akak tabik spring yang bagi racun lipas.. dia berani.. ni semua salah mereka yang tidak prihatin masalah mangsa buli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2017 06:28 PM | Show all posts
mangsa buli tu tiada mak ayah rasanya, dah tu kenapa datuk buat report? justice for mangsa buli. tahniah dik kau buli orang kau dapat semula.

hidup ada karma dik. jangan kacau naga yang tidur. mendapat  makan racun lipas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Da repot cikgu xde tindakan.. kena cek ni betul ke da report..kalu betul cikgu tu patut dikenakan tindakan..sbb sambil lewa urus kea buli...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-7-2017 06:27 PM
salahkan cikgu, mak bapak budak tu, n budak tu sendiri.

akak tabik spring yang bagi racu ...

Setuju sis... padan mukanya. Nasib baik je tak mati. Harap-harap insaplah tak pun jadi biol terus dek racun lipas... supaya budak-budak yang jadi mangsa buli hidup aman damai dan tenteram
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cash buat pembuli..,. puas hati kan paww mknan org
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.193262 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list