CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9670|Reply: 154

[Tempatan] Kurang 150 Jam, MRT Dah Jadi Mangsa Vandalisme

[Copy link]
Post time 23-7-2017 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 25-7-2017 10:34 PM

KUALA LUMPUR: Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh - Kajang yang baru dilancarkan beberapa hari lalu diancam perlakuan vandalisme oleh 'tangan nakal' di ibu kota.

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI pada Ahad, beberapa stesen seperti Stesen MRT Merdeka dan Stesen MRT Bukit Bintang antara yang menjadi mangsa perlakuan keji ini.

Puntung rokok dibuang merata-rata terutama di kawasan luar stesen.

Tidak kurang dengan itu, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mencalarkan serta merosakkan tempat duduk di kawasan platform.

Astro AWANI turut diberitahu, ada antara tempat duduk terpaksa dikeluarkan sementara bagi kerja membaiki akibat ditoreh pengguna.



Bagi penyelenggara di Stesen MRT Bukit Bintang, Md Rasal, dia sendiri pernah melihat perbuatan membuang sampah di kawasan sekitar stesen tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

"Saya pernah nampak beberapa orang membuang sampah, kayu dan bermacam-macam lagi.

"Saya tak boleh tegur mereka, kerana mereka orang Malaysia, saya orang luar. Apa yang boleh saya buat hanyalah mengambil gambar dan laporkan kepada pihak pengurusan," katanya ketika ditemui Astro AWANI.




Berbeza di Stesen MRT Merdeka, binaan dinding yang unik membawa mesej Rukunegara turut 'diancam' apabila ada kanak-kanak yang cuba memanjat dinding itu seperti aktiviti 'wall climbing'.

Pengurus Stesen MRT Merdeka, Chia Seng Kah memberitahu, sejak ia mula dibuka, ramai ibu bapa yang membawa anak-anak untuk melihat keunikan stesen ini.

"Panel dinding ini amat mahal, kita harap ibu bapa boleh kawal anak mereka untuk tidak memijak atau cuba memanjat dinding itu.

"Selain ia merosakkan mesej Rukunegara, ditakuti jika jatuh, mampu membawa kepada kecederaan," katanya.

Bagi Muhammad Amir Jamal pula, beliau yang membuat penyelenggaraan di stesen berkenaan turut kecewa dengan tindakan memanjat serta menoreh tempat duduk di stesen berkenaan.

"Stesen ini unik dan cantik, malah antara pengguna yang ramai menggunakan stesen ini ialah orang muda daripada kalangan pelajar sekolah dan universiti.

"Jadi, dinding dengan mesej Rukunegara ini sewajarnya dihormati kerana ia ikrar kita sebagai Rakyat Malaysia.

"Takkanlah kita nak calarkan Rukunegara ?" katanya sinis ketika mengiringi tinjauan yang dibuat Astro Awani.



Bagi Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah, perkara ini amat menyedihkan malah situasi ini menunjukkan seolah rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerima pengangkutan awam yang canggih dan bertaraf dunia.

"Kemudahan MRT ni amat canggih, begitu juga kemudahan di stesen.

"Bagi saya, kita semua perlu ambil tindakan yang sama canggih dengan kemudahan awam yang ada.

"Sebab kalau kita tak canggih seiring dengan perkhidmatan awam yang disediakan, di situlah timbulnya perkara-perkara yang tidak baik," katanya dalam nada kecewa.

Beliau turut memberitahu, sekiranya individu atau kumpulan ditangkap melakukan kerosakan kepada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), yang boleh membawa kepada denda RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.

Tidak kurang dengan itu, mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kasi dendam spesis bongok ni... bodoh nak mampus tak reti jaga kebersihan.... merosak harta menda...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg tu buat la penguatkuasaan.. tangkap puak2 hanat ni.. denda.  Biar masuk penjara sekor2.. :zz
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni terdiri dari pelbagai penduduk. Kat key el ni terdiri dari indon bangla Myanmar filipino negro Vietnam Melayu cine India. Harap maklom. Warge pprt pendatang dan local yg suke buat kekotoran ni:zz
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:25 PM | Show all posts
beri perkhidmatan kat beruk
tu mendapatnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:25 PM | Show all posts
cctv ada 24 jam tu berfungsi tak?

pi la amik gambar seekor vandal ni, tepek besau2 dpn pintu msuk lrt/mrt/komuter semua

biar dia malu , itupun klu ada kemaluan la..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2017 08:26 PM | Show all posts
pprt punya minda.......           
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:27 PM | Show all posts
selalu yang buat benda ni org luar yg diimport masuk.... import lagi bebyk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 08:27 PM | Show all posts
penguatkuasaan xder..dengan denda x menakutkan sbb tue ramai yg berani buat vandalism..cuber tgk singapore macam mana dia punya public transport..xder jadi mcm nie walaupon kt sana ramai foreigner jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dinoloveshasha replied at 23-7-2017 08:19 PM
kasi dendam spesis bongok ni... bodoh nak mampus tak reti jaga kebersihan.... merosak harta menda... ...

Babi hanat sial diorg ni.. aku x naik lagi... Nanti bila aku naik habis semua dah kotor busuk rosak..    celaka babi diorg  :  :
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn salahkan org tempatan
Skit2. Pprt
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mentaliti rakyat yang masih di kelas ketiga tapi kalau bab komplen itu ini kat pesbuk berdegar2..pokok pon tumbang dengar dorang sembang
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebat ja mcm Singapore baru ada akal...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:36 PM | Show all posts
Hmmm. Merugikan. Berapa banyak kos yang kena dikeluarkan untuk membaiki kerosakan2 itu pula?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pasni tak payah denda kalo buang sampah tempat awam...bagi sebat je, satu kesalahan satu sebat
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:44 PM | Show all posts
untuk semua pengurus MRT

- jgn ada ting sampah - sebab ada implikasi keselamatan bomb
- jgn ade toilet lah kalau boleh biaq aje sebab tubes kat UK mana ade benda ni


sebab beginilah sesetengah kita , bila ada kemudahan yg ada di depan mata , jarang yg akan menghargai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 08:51 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-7-2017 08:44 PM
untuk semua pengurus MRT

- jgn ada ting sampah - sebab ada implikasi keselamatan bomb

bimbo nya sis...
tong sampah kat MRT guna plastik transparent jah so orang boleh lehat apa terkandung dalam tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Vandalisme takpe small matters aje tuh, hina islam lagi bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:53 PM | Show all posts
yang jenis bebudak buas ini peranan ibu bapa supaya alert dan jangan amalkan sikap pprt iya.
tadi pun ada budak dok lompat2 belakang akak nak tekat butang emergency interkom dalam tren itu
hanj sangat perangai kau dek
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:53 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-7-2017 12:44 PM
untuk semua pengurus MRT

- jgn ada ting sampah - sebab ada implikasi keselamatan bomb

Masalah juga di malaysia ni bilamana ting sampah tu dah kelihatan/seperti seperti  sampah. . Buat lah design yang tahan lasak 70-90% free maintenance. Ni buat dari plastic murah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.547113 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list