TAHNIAH sekali lagi buat Siti Saleha yang sudah selamat bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar pada Jumaat lepas!Majlis pernikahan yang berjalan lancar itu membuatkan Siti Saleha menarik nafas lega.
Menjadi adat apabila sudah berkahwin, orang akan bertanya soal cahaya mata. Terkejut mendengar jawapan suami kepada pelakon ini apabila ditanya soal tersebut.
Manakan tidak, Lutfi memberitahu dia mengimpikan dan berhasrat untuk mempunyai 11 orang anak! Fuhhh… ramainya… satu pasukan bola sepak tu!
“Saya mahu sebelas orang anak! Satu setiap tahun tetapi sebenarnya soal cahaya mata kami serahkan sepenuhnya kepada rezeki.
“Jika Allah ingin berikan kami anak awal, Alhamdulillah tetapi kami tidak merancang mengenai itu,” katanya dipetik sebuah portal online.
Dalam pada itu, Lutfi, 31, turut berkata walaupun telah berkahwin dia sedikitpun tidak akan menyekat karier isterinya sebagai pelakon.
Selain itu, dia juga tidak meletakkan sebarang syarat berikutan itu adalah kerjaya sebelum mengenali Siti Saleha lagi.
Malahan, Lutfi akan sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang dalam membantu meningkatkan karier wanita tersebut kearah lebih tinggi.
“Dahulu masa mula-mula memang saya sukar sikit menyesuaikan diri malah saya cepat berasa jengkel apabila dia sering dikerumi peminat untuk bergambar.
“Tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan mula memahami kerjayanya dan ramai peminat menyayanginya.
“Sehinggakan sekarang saya pula jadi jurugambar untuk mengambil gambar peminat bersama Saleha… hahaha,” ceritanya dalam nada ketawa.
Pasangan ini merancang untuk berbulan madu pada penghujung bulan depan berikutan masing-masing masih sibuk dengan urusan kerjaya.
Siti Saleha dan suaminya telah selamat d’ijab kabul oleh bapa pelakon itu sendiri, Mohd Baharom Abdul Rahman dan disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor pada 28 Julai yang lalu.