Alahai kasihan pula kat abang ni. Tak fasal-fasal dia pula yang 'dapat nama' gara-gara nombor telefonnya tertera pada status Twitter Aliff Aziz.
Foto: Harian Metro
Hebat betul tempias drama membabitkan penyanyi dan pelakon itu ya, sampai orang luar diseret bersama dalam kontroversinya.
Memetik Harian Metro, gara-gara status ‘Jangan nak kecam sangat, siapa tak puas hati call saya’ ditulis Aliff Aziz itu membuat hidup Mohd Faris Mohd Ali, 30, menjadi tak tenteram asyik diganggu haters Aliff.
Foto: Twitter
"SAYA bukan Aliff Aziz, tolong berhenti hubungi nombor telefon saya."
"Saya mula terima gangguan pada 5 pagi semalam (Ahad) dan tak tahu apa-apa sehinggalah tunang saya beritahu yang nombor saya sudah disebarkan.
"Ada yang masukkan saya dalam kumpulan Whatsapp dan ada juga yang saya sudah jelaskan yang tertera dalam Twitter itu bukan nombor Aliff. Bagaimanapun, sehingga sekarang saya masih diganggu tanpa henti walaupun saya sudah kongsi di Facebook (FB) dan buat laporan polis," katanya kepada Harian Metro.
Kerana tak betah diganggu, Faris membuat laporan di Balai Polis Sepang dan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Ahad.
"Satu azab saya rasa sebab panggilan tak henti-henti sehingga menyukarkan saya untuk menjalankan perniagaan.
"Nombor itu memang saya khaskan untuk urusan perniagaan sejak saya gunakan dua minggu lalu," jelasnya.
Siapa tahan apabila berterusan 'digasak' orang tak dikenali disebabkan kesalahan yang langsung tak bersangkut paut dengan dirinya.
"Kepada anda di luar sana, tolonglah berhenti ganggu saya. Kepada tukang sebar, tolong jangan menyusahkan orang lain.
"Sebab anda, saya yang terseksa. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang kongsikan nombor telefon saya di media sosial," katanya.
Foto: Siakap Keli
Lain pula ceritanya dengan Aliff yang menafikan dirinya membuat status berkenaan.
“Saya akui itu akaun saya tetapi akaun itu sudah digodam oleh individu tidak bertanggungjawb. Saya tidak tahu mengenai Twit (status) itu.
“Saya hanya sedar bila dah tular dan keluar di Twitter. Akaun itu digodam oleh orang lain dan lagipun saya sudah lama tidak aktif di Twitter.
“Kenapalah sampai nak sebarkan nombor telefon orang lain. Jadi, kepada individu tidak bertanggungjawab itu, sila pulangkan akaun itu kepada saya,” katanya.
Rata-rata netizen meminta Faris untuk menyaman Aliff kerana telah menyebabkan kekacauan dalam hidupnya.
"Saman Aliff Aziz dengan orang yang maki dan ugut awak.
"Ade juga yang bodoh call?" antara komen netizen.
Fuh, hebat betul drama membabitkan Aliff Aziz. Kepada mereka yang masih 'menghantui' hidup Faris tu, sudah-sudahlah ya. Kasihankan dia yang hanya menjadi mangsa keadaan, okey? - CARI |