"Ramai peminat saya terdiri daripada remaja dan kanak-kanak yang masih bersekolah selain pra sekolah. Saya terfikir untuk mengeluarkan jenama pakaian sekolah kerana ia secara tak langsung dapat menyuntik semangat mereka untuk ke sekolah."
Amboi, Aiman Tino nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan pula nampak gayanya. Peminat yang masih bersekolah lagi tu, bolehlah merasa uniform sekolah jenama keluaran penyanyi itu pada Oktober akan datang.
"Saya ingin menggalakkan mereka supaya rajin belajar
dan ia menjadi misi perniagaan ini.
"Saya memilih kain kapas berkualiti tinggi dan seleksi pakaian sekolah ini tersedia untuk pelajar sekolah rendah dan menengah,” katanya kepada Harian Metro.
Foto: IG Aiman Tino
Hm, berapa agaknya ya sepasang uniform sekolah di bawah jenama Aiman ini? Ya lah, sebelum ni kan namanya terpalit dengan kontroversi yang dikatakan perlu dibayar tinggi untuk membuat persembahan. - CARI |