Penglihatan kita sebagai manusia sudah tentu terbatas dari melihat alam ghaib atau makhluk seperti jin dan sebagainya.
Namun pada selasa lalu, seorang jemaah haji tiba-tiba histeria sambil melaungkan kalimah "Allahu Akbar" di hadapan Kaabah kerana mendakwa ternampak Malaikat Jibril.
Oleh kerana keadaannya yang tidak menentu, lelaki warga emas itu dibawa ke Klinik Kesihatan Haji Indonesia yang terletak di Mekah.
" Saya nampak Malaikat Jibril di Kaabah tadi" kata jemaah itu.
Memetik Rancahpost.co.id, lelaki itu terus berteriak sambil menyebut nama anaknya satu persatu iaitu "Malik, Syarif, dan Yusuf".
Tidak jauh dari lelaki yang histeria itu, kelihatan seorang wanita sedang menangis melihat keadaan suaminya itu yang tidak sedarkan diri.
"Abi, abi..." jerit wanita itu sambil menangis.
Setelah diperiksa oleh petugas kesihatan, jemaah haji terbabit sah mengalami serangan jantung dan terpaksa dikejarkan ke salah sebuah hospital yang terdapat di Arab Saudi.
Namun yang menjadi misteri, apakah sebenarnya yang dilihat oleh lelaki itu? Kata orang, sesetengah "manusia terpilih" akan diberi kelebihan untuk melihat perkara ghaib.
Pernahkah anda melihat hantu atau jin? Jika pernah, jom kongsikan pengalaman anda. - CARI
|