View: 7844|Reply: 90
|
[Tempatan]
Acik Terdesak
[Copy link]
|
|
BHonline Sabtu, 5 Ogos 2017
KUALA LUMPUR: Polis memburu seorang wanita selepas dia melarikan seutas gelang tangan emas dianggarkan bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, suspek itu yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an pada mulanya berpura-pura bertanyakan harga seutas rantai tangan dengan seorang jurujual wanita dan meminta untuk mencubanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata selepas memakai rantai tangan itu, suspek meminta jurujual terbabit mengeluarkan seutas lagi rantai tangan yang lain dan sekali lagi dia mahu mencuba memakainya.
"Jurujual terbabit mengambil semula rantai tangan pertama dan menyerahkan rantai tangan kedua kepada suspek untuk dicuba.
"Selepas jurujual menyimpan semula rantai pertama ke dalam ruang pameran dan sedang mengira harga rantai tangan kedua, suspek terus bergegas keluar dari kedai dan melarikan diri bersama barang kemas itu.
"Jurujual terbabit cuba mengejar wanita itu namun gagal. Kerugian dianggarkan bernilai RM10,000," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Menurut beliau, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, satu video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu mula tersebar di laman media sosial, malam tadi.
Video berdurasi 1 minit 18 saat itu menunjukkan suspek berpura-pura melihat barang kemas di ruang pameran kedai emas terbabit sehinggalah dia melarikan gelang emas berkenaan.
Ketika kejadian, suspek dilihat berseluar denim dan memakai baju serta tudung berwarna hitam.
Ahmad Dzaffir meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil di mana-mana balai berhampiran. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tepek gambar untuk buru suspek, tapi blurkan. cakap bodoh kang marah pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha a kan?
Kasi tunjuk la muka jelas dan terang. Senang nak cam. Mana tahu kot terserempak kat mana2, terus tangkap je
Ni tidak, rakyat marhaen mana tahu sapa penyangak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu dikaburkan wajah pencuri.Dah tu nak tolong tangkap macamana kalo terserempak. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdesak mencuri untuk bayar hutang ah-long kut. Yang newspaper ni pula kenapa blurkan gambar pencuri ni? Susah orang nak tolong identify pencuri ni di luar sana. Atau masih nak jaga aib pencuri ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Klu nak blur kan tang muka tu..., baiklah ko x payah tunjuk terus... |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak tulis
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedai emas ni kat tempat tersorok ke? Tak perasan plak ada kedai emas kat bangi gateway.
Kedai mcm ni better ada guard. |
|
|
|
|
|
|
|
Confident gila curi gelang x ttp muka... |
|
|
|
|
|
|
|
hah sebesar-besar alam terus gambarnya. puas hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
somi akak jurujual tu viral kan
mesti sangat marah tu .. tu sebesar-besar alam d taruk nya
tapikan ..
kalau yang preehair ke saja nak buat dajal
dia pakai tudung dan curi
pastu preehair balik
susah la kot nak cari
ada orang muka sangat berbeza bertudung dan tak bertudung
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 5-8-2017 10:11 AM
Jumpa dan bideo nya
Tq dik FC yg byk berjasa bagi extra info
Ter-stunned akak kedai emas tu tiba2 acik pencuri lari. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana lah dapat keberanian untuk bawa lari emas rega mcm tu.. apa dia rasa sekarang ni bila muka dah viral mencuri |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengok dari body language asal pun takda gaya nak membeli. Tak rilek2 tengok2 emas dah macam nak cepat rupanya dia pecut dulu |
|
|
|
|
|
|
|
wat malu je |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai emas...mcm sunyi je...sorang je pekerjanya...pompuan lak tu sorang2....mmg nmpk gaya tkde langsung nk beli brg acik tu....patutlah simpan tenaga n nk cepat2 tuk pecut 10m..org skrg bertudung tuk ambik kesempata je.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|