Bahang Sukan SEA ke-29 semakin terasa kehangatannya apabila sebahagian landskap Kuala Lumpur mulai terpampang dengan papan iklan temasya sukan dwi tahunan ini.
Memetik laporan RojakDaily, temasya terbesar di rantau Asia Tenggara itu akan bermula pada pada 19 Ogos dan akan berakhir pada 31 Ogos 2017.
Sudah semestinya kehadiran bintang sukan SEA dari negara rantau Asia Tenggara bakal menjadi tumpuan dan tarikan peminat acara masing-masing ketika bersaing di gelanggang.
Para atlet pasti berusaha gigih untuk melakukan persembahan yang terbaik dalam acara masing-masing untuk mengejar pingat emas seterusnya mengharumkan nama negara.
Namun di sebalik persaingan sengit di kalangan atlet, terdapat tiga orang atlet yang terdiri dari kalangan kerabat Diraja dan juga menteri yang turut mengambil bahagian dalam acara sukan kali ini.
Atlet VVIP tersebut adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dari Brunei, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Yang Teramat Mulia Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
sumber : https://f.ptcdn.info
Kompleks Sukan Bukit Jalil akan menjadi tumpuan utama acara pembukaan dan acara sukan yang dipertandingkan.Sebanyak 35 venue akan digunakan membabitkan 405 acara sukan dengan 308 jenis sukan yang disertai sebanyak 11 buah negara.
Selain itu, Negeri Sembilan dipilih untuk acara berbasikal dan Pulau Langkawi bagi acara pelayaran. Manakala Setiu, Terengganu pula untuk acara Ekuestrian Endurance.
Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini selepas kali terakhir 16 tahun lalu pada tahun 2001.- CARI
aku hari2 turun lrt bukit jalil pastu terus naik teksi..pakcik teksi kata start 14/8 dieorg tutup jalan kat bukit jalil tu sbb katanya ada org nak sabotaj sukan sea ni..