"Gemuknya kau", "eha besar macam anak gajah", "Buncitnya perut tu!" Macam dihiris-hiris rasa hati bila berdepan dengan situasi ini kan?
Rasa rendah diri tak payah cakaplah tapi awas jangan sesekali terpedaya dengan produk atau pil kuruskan badan di pasaran.
Banyak yang tidak boleh dipercayai dan apa kata cuba sahaja cara yang lebih semula jadi!
Buat sendiri air detoks viral ini yang boleh membantu menyingkirkan toksin dan lemak tepu melalui peluh dan proses membuang air besar.
Foto: Facebook Petua Bonda
Senang sahaja, cuma sediakan bahan-bahan di bawah:
Halia 3 inci (Parut atau potong kasar)
Serai 3 batang (Titik)
Asam keping (Ikut citarasa sendiri)
Lemon 1 biji
Gula merah 4 sudu
Daun pandan 3-4 helai
Cara-Cara:
1. Campurkan bahan-bahan tadi dengan air
2. Didihkan dalam 5 minit
3. Minum suam-suam dan selepas minum boleh sejukkan dalam peti.
Boleh disimpan untuk tempoh satu hari sahaja sebab kalau lebih jadi tak sedap.
Selepas itu rasakan sendiri perubahannya. Memang lawas dan yang pastinya sangat hebat sebab lemak pun keluar 'berbakul-bakul.'
Jangan lupa, senaman juga sangat penting ya. Selamat mencuba dan semoga berjaya untuk menjadi lebih kurus dan sihat! -CARI
Kredit resipi: Puan Zailah Ismail |