View: 7489|Reply: 91
|
Bekas Pengerusi Felda, Isa Samad Ditahan SPRM
[Copy link]
|
|
Kira-kira jam 2.40 petang tadi,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan bekas menteri besar Negeri Sembilan dan pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad ketika beliau hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya.
sumber : FMT
Memetik laporan The Star, penahanan berkenaan dipercayai ada hubung kait dengan siasatan SPRM terhadap pembelian dua buah hotel oleh syarikat Felda Investment Corporation (FIC).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dan menjelaskan ia adalah tindakan susulan penyiasat SPRM yang memperoleh keterangan-keterangan daripada pelbagai pihak sebelum ini.
"Justeru, SPRM yakin mempunyai asas kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya beliau dapat membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan," tambah beliau.
Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.
Isa selaku pengerusi Felda ketika itu dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat.
Selain pembelian hotel di London, kertas siasatan turut dibuka terhadap pembelian sebuah hotel di Kuching.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh jadi calon nampaknya...calon bukan saja bersih tapi nampak bersih gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
Yezzzzz...kasi sumbat dalam2 |
|
|
|
|
|
|
|
nanti ada tgn yg menyelamatkannya........ |
|
|
|
|
|
|
|
Fadan muke kome |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha...ingat kan kebal..
{:laugh
|
|
|
|
|
|
|
|
silap2 peg. sprm tu lak yg kena.... hahaha
mcm drama2 sblm nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahan utk bantu siasatan, jgn bila dah siasat ... Isa Samad suci murni pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 15-8-2017 06:43 PM
selayaknye...
tapi kenapa aku rasa ini sume sekadar drama minggu ini |
|
|
|
|
|
|
|
32kW replied at 15-8-2017 06:26 PM
Drama je ke ni?
Tu lah ...rasa mcm drama nak dkt election...huhuhu...tunggu ya sambungan nya |
|
|
|
|
|
|
|
wayang sempena pru14 sementara nak tunggu wayang skandal forex siap |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak sebut " beliau mempunya satu kes rasuah sebelum ini " ops sorry politik wang tak kira rasuah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Drama.. Jap lg d bebaskan kerana trbukti x bersalah.. Teruss nampak suci murni |
|
|
|
|
|
|
|
Buat wayang nak tutup wayang |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la..ini yg sebetulnya kann.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cover bos ke? Berapa lama? Berapa banyak dpt? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aaz at 15-8-2017 07:07 PM
masa dah time..patutnya dah lama kena. 2005 sabit bersalah oleh Lembaga disiplin umno kerana politik wang , tapi masih diberi jawatan chairman dalam FGV pastu ada kontroversi kat situ dilantik kat SPAD pulak. Ni antara punca ekonomi Malaysia nazak. rasuah dan penyalahgunaan wang dan kuasa sangat menjadi2. Yang konfem terlibat ngan rasuah pun masih diletakkan di lubuk duit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|