CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4121|Reply: 21

Nak Jadi Blogger Popular? Perlukah Kekwat?

[Copy link]
Post time 23-8-2017 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Semenjak dua tahun ini, saya aktif hadir ke acara-acara media yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Apabila terlibat secara langsung dalam bidang penerbitan online ini (123mamanet.com), maka saya berpeluang bertemu dengan media arus perdana, media online dan blogger.


Pelbagai ragam rakan-rakan baru yang cuba saya hadam. Ada yang peramah, ada yang pendiam dan tidak kurang juga yang ‘kekwat’. Maaf bukan saya yang menggelar mereka sebegitu tetapi ada rakan-rakan lain yang menjadi penyampai tidak rasmi.


Ada yang jujur dan ada yang tidak. Pelbagai kisah di sebalik tabir yang saya dengar. Pada saya, tidak ada salahnya menjadi blogger popular. Namun, kenalah menjaga etika di kalangan rakan-rakan, media, agensi dan syarikat yang sentiasa memerlukan promosi produk atau perkhidmatan mereka.


Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk menunding jari kepada sesiapa. Sebaliknya sekadar ingin berpesan-pesan dengan kebenaran. Sebagai orang lama dalam media, saya yakin blogger dan wartawan junior mampu mengekalkan imej yang baik di depan pihak lain.






Imej yang saya maksudkan ialah dari segi etika dan kualiti bahan yang dipaparkan. Jika kedua-dua perkara ini dijaga, insya-Allah masa depan anda untuk berjaya sebagai blogger yang disegani akan terbuka luas.


Buat mereka yang berminat hendak menjadi blogger pada masa terdekat atau pun akan datang, ingatkan beberapa perkara ini:


1. Menulis Dengan Fakta Yang Tepat
Tulisan kita adalah tanggung jawab kita. Bahkan kita akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang segala perbuatan termasuklah apa yang kita tulis. Tulislah perkara yang baik-baik dan penuh tanggung jawab. Usah sebarkan fitnah atau menulis tanpa fakta yang tepat.

2. Fahami Anatomi Sesebuah Artikel
Saya sedar, ramai penulis atau blogger yang menulis tanpa ada asas penulisan artikel berita. Itu tidak menjadi masalah kerana saya pun bukan daripada jurusan kewartawanan. Saya menulis kerana minat dan akhirnya diterima menjadi wartawan majalah suatu ketika dulu. Pendek kata, waktu bekerja itulah saya belajar tentang format sebenarnya penulisan artikel dan berita.


Berikut ialah rangka sebuah penulisan artikel dalam blog yang dicadangkan:


i. Tajuk yang menarik (Heading) – Tajuk merupakan perkara yang sangat penting tapi saya memang tidak gemar kalau anda atau editor cuba memanipulasikan tajuk secara keterlaluan hingga bila orang baca artikel, langsung tidak ada kaitan dengan tajuk.






ii. Gambar yang menarik – Biarkan gambar yang bercerita. Di online, gambar lebih menangkap berbanding teks. Jadi, cubalah hasilkan gambar yang sangat menarik. Anda boleh tengok gambar-gambar menarik dan yang dihasilkan oleh blogger popular sebagai rujukan.


iii. Pengenalan – Setiap artikel perlu ada pengenalan. Tanpa pengenalan artikel anda akan ibarat badan tanpa wajah. Beritahulah apa tujuan anda menulis artikel tersebut. Ia akan menjadi ‘hook’ kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

iv. Tajuk kecil (subhead) – Sebuah artikel yang ada ‘subhead’ atau tajuk kedua akan jadi lebih menarik berbanding yang togel tapi panjang menjela dari atas sampai ke bawah. Ingat, jangan lupa buat paragraf untuk setiap 2 hingga 4 ayat.


v. Poin penting – Berikan beberapa poin penting berbentuk 1,2,3, atau a,b,c. Pembaca akan lebih mudah membaca daripada cuba menangkap poin anda di dalam paragraf.






vi. Kesimpulan – Benar anda bukan menulis esei untuk sekolah atau universiti tapi anda perlu buat sedikit rangkuman mengenai topik anda agar pembaca tidak hilang arah. Kesimpulan atau penutup yang baik ibarat pintu yang telah dibuka pada awalnya, kemudian ditutup semula dengan sempurna.


vii. Tindak balas (Call to action) – Seorang blogger yang hebat pastinya mempunyai pengikut yang ramai. Di sinilah letakkan kuasa seorang blogger. Dia mempunyai kemampuan untuk merangsang orang agar bertindak balas terhadap tulisannya. Tulisannya yang mesra selalunya akan diakhiri dengan kata-kata seperti, “Apa pandangan anda”.


Ayat ini merupakan jemputan atau ‘call to action’ kepada para pembaca agar memberikan maklum balas dalam ruangan komen yang disediakan.


viii. Artikel yang berkaitan sebelum ini atau link artikel anda yang terdahulu.
Jangan lupa juga meninggalkan link untuk artikel anda yang terdahulu yang berkaitan dengan topik yang anda utarakan.


Foto: Carian internet


3. Kata kunci (keyword) dan SEO
Penggunaan ‘keyword’ dan search engine optimization (SEO) akan membantu menaikkan ‘rating’ dan ‘page view’ blog anda. SEO ini boleh dipasang dengan menggunakan plugin khas di dalam ‘word press’ atau blog yang anda gunakan.


Setelah dipasang, anda bolehlah gunakan ‘keyword’ yang sesuai dengan artikel anda. Carilah ‘keyword’ paling popular dalam enjin carian atau ‘search engine’ supaya lebih ramai orang dapat menemui artikel anda dalam internet.

4. Telus dan Tulus Tentang Kontrak Kerjasama
Blogger sering menerima jemputan dan kerjasama dengan pelanggan untuk mempromosi produk atau perkhidmatan mereka. Oleh itu, berlaku jujur dan teluslah bila berurusan. Lebih-lebih lagi bila kontrak kerjasama itu melibatkan sekumpulan blogger.


5. Sopan & Hormat Orang Lain
Peliharalah diri sebagai orang yang berakhlak dan bersopan apabila berurusan. Kawallah perasaan. Jika marah sekalipun, cubalah bertenang dan sentiasa bersangka baik. Tidak perlu anda cuba menunjukkan anda lebih hebat daripada orang lain. Usah bersikap sombong, bangga diri, besar kepala atau kekwat, kata orang sekarang. Ia tidak sihat untuk industri kita yang sangat kecil ini.


Demikianlah, beberapa saranan saya. Ada banyak lagi tip menulis untuk blogger. Namun, cukuplah buat masa ini. Semoga anda mendapat manfaat dan saya doakan anda semua berjaya dalam segala yang diusahakan.


Buat para blogger, bakal blogger dan wartawan, saya harap anda dapatkan lakukan kerja ini dengan ikhlas. Bukan wang ringgit yang dikejar tapi yang lebih penting ialah penghargaan pelanggan terhadap tugas kita dan kepuasan kita dalam berkarya. Benarkah begitu? Apa pendapat anda?


Salam hormat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 03:08 PM | Show all posts
yg paling penting jgn syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 03:24 PM | Show all posts
Siapakah blogger yang kekwat itu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sekarang ni self esteem tinggi, perasaan insecurity sangat rendah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud 'kekwat'?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 03:45 PM | Show all posts
kalo copy artikel org masuk dlm blog sndiri ada chances tak jadi blogger popular??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2017 03:47 PM | Show all posts

Berlagak rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 03:48 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 23-8-2017 03:25 PM
Orang sekarang ni self esteem tinggi, perasaan insecurity sangat rendah

Especially BBNU kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
good info!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 05:09 PM | Show all posts
kann sis setuju sangat. kenapa nak kekwat2. Please lahh. rupa non hado, nak kekwat pula. lainlah kalau macam mateen takpelah nak kekwat. EHHH, lari tajuk pula. Apa pun kekekwatan itu tak membawa ke mana2, lagi dibenci orang adelah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 23-8-2017 03:47 PM
Berlagak rasanya

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebut mengenai blogger popular, saya baru tahu dan mengikuti blog yuyu zulaikha. Kecik genit jer orangnya. Tapi saya suka cara penulisannya. ;]
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Whoayusss blog? Hello porum cari..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambil berblog leh jana pendapatan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
jd apa2 pun bahkan raja sekalipun, buatapa maw kekwat?? asalnya dr tanah, akhirnya pun ke tanah jua
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 08:18 AM | Show all posts
for me, kekwat = perasan bagus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 12:31 PM | Show all posts
Yang jenis kekwat perasan bagus tak minat nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 09:12 AM | Show all posts
cuba guna perkataan yg senang orang nak paham ..........kekwat tu apa ???
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:02 AM | Show all posts
ni salah satu.

tajuk psl blogger kekwat tp isi psl blogger kekwat cuma dua tiga  baris lain2 tu x berkaitan pun?? psl tips2 nk tulis ape dlm blog and cara naikkan trafik?? celah mana pasal blogger kekwat?

owh ye lupa, ni bukan blogger, ni porem cari.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:07 AM | Show all posts
hasmania replied at 30-8-2017 09:12 AM
cuba guna perkataan yg senang orang nak paham ..........kekwat tu apa ???

kekwat tu

berlagak, perasan bagus, rasa diri tu sentiasa betul
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.105384 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list