Bagi penuntut institusi pengajian tinggi, pasti pernah merasakan debaran tak terkata ketika menunggu pensyarah menanda kertas ujian.
Mana tak cuak memikirkan nasib markah di tangan sang guru.
"Argh, muka dia berkerut tension semacam je. Habislah, mesti banyak markah aku dia tolak tu!" Ha, siapa pernah terfikir macam ni?
Bagi mengurangkan tahap kecuakan pelajarnya, seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil inisiatif menyembunyikan air mukanya dengan memakai topeng adiwira Iron Man. Memahami sungguh pensyarah ni kan?
Foto: BuzzFeed
Perkara ini dikongsikan sendiri pelajarnya, Izyan Farhani dengan memuat naik dua keping gambar dia sedang memakai topeng berkenaan ketika menanda kertas ujian bagi kelas Kemahiran Berfikir.
Foto: Twitter Izyan
"ensyarah saya pakai topeng untuk menyembunyikan air mukanya ketika menanda kertas supaya pelajar tak cuak dengan markah mereka," tulisnya di akaun Twitternya.
Memetik BuzzFeed, Nazriq Ahmad berkhidmat di UIAM sejak 2012 lagi.
Menurut Nazriq, dia mula memakai topeng sejak menyedari riak wajah boleh melemahkan semangat pelajar.
"Sangat mudah untuk mengetahui sama ada anda gagal ujian atau sebaliknya hanya berdasarkan riak wajah saya," katanya.
Foto: BuzzFeed
Ramai netizen yang tersentuh dengan usaha ditunjukkan lelaki itu dan berharap memiliki guru yang memahami jiwa pelajar sepertinya.
"Dunia memerlukan orang seperti dia.
"Saya perlukan pensyarah macam ni," antara komen netizen.
Mungkin sesetengah pihak fikir ianya sesuatu yang sia-sia kerana kesudahannya mereka akan tahu juga markah mereka.
Foto: Foto: Twitter Izyan
Apapun, dia berjaya membuat kelasnya lebih menarik dan mudah-mudahan, pelajar lebih berminat untuk menimba ilmu. Atau anda pun rasa macam 'tah apa-apa' saja lecturer ni? - CARI |