Sempena berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2017 (KLFW) baru-baru ini, ramailah artis termasuk Puteri Aishah telah memperagakan baju dalam pertunjukan fesyen tersebut.
Kecantikan selebriti ini memang tak perlu dinafikan, tapi apa yang kurang manis dipandang sebab baju yang dipakainya tersangatlah jarang, sampai nampak pakaian dalamnya.
Gambar tersebut tersebar di media sosial dan ramai yang mengecam pelakon ini terlampau seksi.
Sumber Media Hiburan mengatakan, Aishah sendiri tidak perasan baju yang diapakainya itu jarang.
Alasannya sebab tiada cermin ketika menyalin baju tersebut di belakang pentas.
Foto: IG Puteri Aishah
"Saya juga menukar baju itu di belakang pentas dan memang tiada cermin disediakan di situ. Namun apabila jurugambar merakam gambar saya ketika di pentas, baju itu nampak jarang kerana terkena cahaya dan lampu," katanya kepada Harian Metro.
Disebabkan tak tahan dengan komen-komen pedas di Instagramnya, aktres drama Akulah Balqis ini terpaksa menutup ruangan komennya.
Foto: IG Puteri Aishah
Lain kali mohon lebih berhati-hati dalam memilih pakaian. Bila dah kena kritik begini, diri sendiri juga yang tertekan. -CARI |