CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1669|Reply: 14

[Dunia] Ketua Agama Didakwa Merogol, Kacau-Bilau Berlaku

[Copy link]
Post time 28-8-2017 10:57 PM | Show all posts |Read mode


[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]NEW DELHI: Keganasan meletus di Haryana, utara India selepas seorang ketua agama yang mempunyai jutaan pengikut didapati bersalah merogol dua pengikut wanitanya.
[size=0.98em]Lebih 30 orang dilaporkan terbunuh sementara kira-kira 200 orang cedera dan beratus-ratus orang lagi ditangkap oleh polis ekoran kacau-bilau yang berlaku itu.
[size=0.98em]Puluhan ribu pengikut ketua sekta Dera Sacha Sauda, Dr Gurmeet Ram Rahim Singh Ji Insan mencetuskan huru-hara sambil mendakwa guru mereka tidak bersalah.
[size=0.98em]Keganasan paling buruk dilaporkan berlaku di Panchkula, apabila mahkamah Biro Siasatan Pusat khas (CBI) mendapati beliau bersalah pada Jumaat 25 Ogos lepas.





[size=0.98em]Panchkula, yang terletak kira-kira 230 kilometers dari Delhi adalah bandar satelit Chandigarh yang juga ibu negeri Punjab dan Haryana.
[size=0.98em]Saluran televisyen India menayangkan kejadian perusuh menyerang polis dan petugas stesen televisyen, membakar bangunan dan merosakkan kenderaan. Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh di Panchkula dan dua orang di bandar Sirsa, yang juga pusat komun ketua agama itu.
[size=0.98em]Pihak berkuasa pada Sabtu lepas menggambarkan keadaan sebagai 'tegang tetapi terkawal' dan bersiap-sedia untuk menghadapi lebih banyak keganasan apabila mahkamah menjatuhkan hukuman Isnin 28 Ogos ini.



[size=0.98em]Kerajaan Haryana mengerahkan beribu-ribu polis dan pasukan separa tentera sepanjang minggu ini untuk mencegah meletusnya rusuhan seperti yang berlaku pada Jumaat lepas.Kira-kira 200,000 pengikut Ram Rahim Singh berkumpul di Panchkula dan pihak berkuasa sedang mengambil langkah supaya meninggalkan bandar itu.
[size=0.98em]Tentera India dan pentadbiran tempatan merayu supaya penyokong-penyokong ketua agama itu termasuk wanita dan kanak-kanak yang berhimpun di ibu pejabat beliau supaya meninggalkan bangunan berkenaan.
[size=0.98em]Negeri lain turut mengerahkan lebih ramai anggota polis dan pasukan separa tentera berkawal di tempat-tempat yang sensitif sejak keganasan meletus Jumaat lepas.
[size=0.98em]Delhi juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan kawasan keselamatan ditingkatkan di stesen kereta api dan perhentian bas. Dua kejadian membakar dilaporkan di ibu negara India.
[size=0.98em]Pasukan tentera digerakkan dan perintah berkurung dilkuatkuasakan di 10 daerah Malwa, Punjab yang mempunyai ramai penyokong ketua agama itu.


[size=0.98em]Pemimpin sekta berusia 50 tahun itu yang pernah muncul dalam filem di mana beliau sendiri menulis skrip serta konsert mendakwa mempunyai puluhan ribu pengikut di tempat-tempat seperti Haryana, Punjab, Delhi dan Uttar Pradesh.
[size=0.98em]Beliau diberi gelaran 'Guru Mengerlip' kerana gemar memakai pakaian dengan pelbagai hiasan mempunyai pengikut termasuk ahli politik tertinggi, ahli sukan dan jutawan.Sekta Dera Sacha Sauda menganggap kumpulan itu sebagai 'pertubuhan kebajikan sosial dan kerohanian yang berteraskan kemanusiaan'.


[size=0.98em]Ram Rahim Singh juga dilaporkan diberi perlindungan keselamatan yang lazimnya diberikan individu yang berisiko tinggi seperti ahli politik utama dan pemimpin kanan kerajaan.
[size=0.98em]Beliau dikatakan mempunyai koleksi kereta mewah termasuk Lexus, Mercedes, Audi dan BMW.
[size=0.98em]Meskipun beliau seorang tokoh penuh kontroversi, ketua sekta ini juga mempunyai penyokong dalam kalangan kumpulan elit politik India.
[size=0.98em]Sakshi Maharaj, ketua Bharatiya Janata Party (BJP), yang memihak kepada Ram Rahim Singh, dengan menyatakan hanya "seorang" yang membuat tuduhan merogol itu tetapi ketua agama itu mempunyai puluhan ribu pengikut.
[size=0.98em]"Ianya satu konspirasi untuk mencemarkan budaya India," beliau memberitahu pemberita.
[size=0.98em]Menurut laporan dalam media India, seorang pengikut wanita menulis tanpa mendedahkan identitinya, kepada bekas perdana menteri Atal Bihari Vajpayee dan pegawai kanan pada 2002 dengan dakwaan salah laku seksual berlaku di ibu pejabat ketua agama itu.
[size=0.98em]Pihak CBI melancarkan siasatan dan menyoal ramai pengikut wanita 'sadhvi' untuk mengumpul bukti.
[size=0.98em]Seorang wanita yang tidak didedahkan namanya dilaporkan dalam Hindustan Times dia digalakkan oleh ibu bapanya menyertai kumpulan itu dan tinggal dengan kira-kira 40 orang wanita.
[size=0.98em]Dua tahun kemudian wanita itu menjadi 'sadhvi' dan Ram Rahim Singh memanggilnya ke dalam kediamannya 'guf' (gua) dan merogolnya.  
[size=0.98em]"Seorang daripada sadhvi dalam kenyataannya berkata dia masuk ke dalam bilik ketua agama itu dan pintu tertutup secara automatik dan dia mendapati ketua agama itu menonton filem pornografi di skrin yang besar," demikian menurut laporan Times of India.
[size=0.98em]Seorang mangsa berkata dia diberitahu dia akan menjadi 'suci' setelah dirogol.



[size=0.98em]Ketua agama itu menafikan dakwaan berkenaan dan berkata beliau "tidak mampu untuk melakukan hubungan intim".
[size=0.98em]Beliau turut dituduh menggalakkan 400 pengikutnya pada 2015 untuk melakukan pengasian supaya mereka boleh mendekati "tuhan".
[size=0.98em]Sekta berkenaan menafikan tuduhan ini.
[size=0.98em]Selepas mahkamah mendapati beliau bersalah pada Jumaat lepas, dia dibawa balik ke penjara dengan menaiki helikopter. -Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
quoted "tegang tetapi terkawal"


tapi berpuluh2 mati. apa ni. konpius
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia....

Sbb tangkap sorang je....beribu ribu polis kena turun padang....

Ni mcm kes memali lah ni kannn....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam filem .
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Potong toteynya baling pada krokodail
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2017 10:28 AM | Show all posts
ellejo replied at 28-8-2017 11:45 PM
quoted "tegang tetapi terkawal"

itu kita bleh tanya maiden. anggota badan blah mana yg tegang
lubang pengikut mana yg terkawal.


cc
@Maideen.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:06 AM | Show all posts
ellejo replied at 28-8-2017 11:45 PM
quoted "tegang tetapi terkawal"

maksudnya tegang tapi masih boleh kawal yakni, tak menala org sebarangan atau tak persoalkan aurat pompuan. kalau tegang tak boleh dikawal tu macam pepatah @Maideen.   kepala atas berbalu kemas kepala bawah tak boleh control....harap maklum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2017 11:07 AM | Show all posts
penunggang agama!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:24 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 29-8-2017 10:06 AM
Potong toteynya baling pada krokodail

saiz toteynya klau dibaling kat krokodail,  krokodail x nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 29-8-2017 10:28 AM
itu kita bleh tanya maiden. anggota badan blah mana yg tegang
lubang pengikut mana yg terkawal.  ...

anggota badan tu memang boleh tegang tapi berapa ramai boleh kawal


cc maideen.
tidak ada kene mengena dgn yang hidup atau yg meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:26 AM | Show all posts
sebiji  cam filem tamil yg aku tgk ketua agama/vvip  merogol
tp pengikut nya x percaya

merusuh la berbunuhan sampai ada hero dtg
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 29-8-2017 03:24 AM
saiz toteynya klau dibaling kat krokodail,  krokodail x nmpk

Mesti krokodail ingat lalat itam lalu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 07:52 PM | Show all posts
tertunggu2 jugak panel juri pakar aurat anti-islam masuk mengadap tred sini.
ramai muslim nak belajar aurat dgn u pliss la masuk sini

hello? anybody home? @Maideen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 09:28 PM | Show all posts
teringatkan filem P.K lakonan Amir khan. Kisah pasal sorang swami ji ni...ketua cult, yg buat seleweng.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.086080 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list