Video muzik single terbaharu buat penyanyi sensasi Taylor Swift 'Look What You Made Me Do' berjaya mencipta sejarah baharu dalam dunia YouTube.
Memetik laporan majalah hiburan antarabangsa Variety, video muzik tersebut bukan sahaja meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh 24 jam pelancarannya, malah mendapat tontonan sebanyak 73 juta hanya dalam masa tiga hari.
Menurut YouTube, video penyanyi berusia 27 tahun itu menewaskan jumlah tontotan 36 juta yang dicatatkan penyanyi Korea Selatan, Psy menerusi lagu 'Gentleman' pada 2013.
Biarpun video itu dilaporkan menerima pelbagai kritikan daripada peminat dan media hiburan sejak ia dipersembahkan pada Anugerah Video Muzik MTV pada Ahad lalu.
Namun menurut YouTube video muzik itu secara purata mencatatkan 30,000 tontonan setiap minit dalam tempoh 24 jam pertama dan mencecah lebih tiga juta tontonan setiap jam.- CARI
I like the song but i hate the video. Nothing new pun video tu. Lirik kata old Taylor is dead segala tp aku rasa same old same old je. Aku ingat dia nak jd modest sikit tp msh bitchy as always
Hurm same laa kita.
Mula2 dgr mcm bese2 je.tp lama2 mcm best pulak.
Dont care laa lagu ni TS nk kutuk sesapa secara halus.xde kene mngena dgn kita.
So just enjoy the song cukuplah.bukan susah nak hepi.eh.