Seorang penipu bersiri sedang diburu polis Thailand kerana dikatakan telah berkahwin dengan sekurang-kurangnya lapan lelaki dalam tempoh dua tahun.
Suspek akan 'ghaib' sekelip mata sejurus selepas mengambil wang hantaran daripada keluarga pengantin lelaki.
Menurut laporan Oddity Central, Jariyaporn “Nammon” Buayai, 32 yang juga digelar sebagai 'pengantin perempuan lari' telah lama dikenali sebagai penipu di media sosial.
Jariyaporn, Foto: Facebook
Bekas suaminya, Prasarn Tiamyam, 32 telah mengecam wanita terbabit selepas melihat satu kenyataan di Facebook yang memberi amaran kepada lelaki Thailand supaya menjauhi suspek.
Prasarn telah berkahwin dengan wanita terbabit dua tahun lepas sebelum dia menghilangkan diri dengan membawa lari wang hantaran sebanyak THB 200,000.
Pihak berkuasa cuba menjejaki rumah ibu bapa wanita terbabit di wilayah Nong Khai, tetapi kedua-dua mereka juga tidak dapat dikesan. -CARI |