Menjalankan sesuatu perniagaan bukanlah semudah yang disangka. Setiap peniaga pastinya menempuhi pelbagai cabaran dan masalah yang paling utama adalah terpaksa berdepan dengan bermacam-macam kerenah pelanggan.
Ada pelanggan yang baik, ada yang suka tawar-menawar harga, ada yang cerewet dan yang paling menyakitkan hati apabila berdepan dengan pelanggan biadab.
Seorang peniaga kek ada berkongsi kisah berdepan dengan seorang pelanggan biadab. Menurut peniaga tersebut, pada mulanya dia menerima pesanan dari seorang pelanggan untuk membuat kek hari jadi.
Setelah kek sudah siap, pelanggan tersebut tiba-tiba sahaja membatalkan pesanan atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal.
Seperti yang dijanjikan sebelumnya, pelanggan tersebut memberitahu ingin mengambil sendiri (COD) kek yang dipesan namun terpaksa membatalkan hasratnya kerana mendakwa keretanya rosak.
Bagaimanapun, peniaga kek tersebut mempelawa dirinya untuk menghantar kek yang dipesan ke rumah pelanggan tersebut namun pelanggan itu tetap berdolak dalih dan akhirnya membatalkan pesanan kek tersebut.
|