View: 5433|Reply: 40
|
[Tempatan]
Rakyat Malaysia Tidak Boleh Berkahwin di Mekah
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: PERKAHWINAN rakyat Malaysia di Arab Saudi adalah dilarang kerana ia melanggar undang-undang negara tersebut, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata perkahwinan di Arab Saudi akan menimbulkan masalah buat pasangan tersebut ketika mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia kerana perkahwinan mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi.
Perkahwinan hanya dibenarkan kepada individu bukan rakyat Arab Saudi yang menetap di sana yang memiliki kad Iqama, katanya kepada media di sini hari ini.
Beliau menghadiri Mesyuarat Kawal Selia Umrah Bil 4/2017 dan pembentangan Jakim mengenai Isu Perkahwinan Rakyat Malaysia di Arab Saudi dan Penambahbaikan Dalam Pengurusan Jemaah Umrah di Lapangan Terbang Utama Negara oleh Malaysia Airports Holdings Bhd, di sini hari ini.
Mas Ermieyati berkata perkahwinan di Arab Saudi kini menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata kementeriannya akan memberi kesedaran kepada jemaah umrah dan haji serta rakyat Malaysia lain untuk tidak melaksanakan upacara akad nikah di Mekah.
Katanya perkara yang menyalahi peraturan Arab Saudi itu telah dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semasa majlis pembentangan mereka.
"Selepas ini pihak kementerian akan mengambil tanggungjawab untuk membendung trend ini dengan memaklumkan mengenai larangan tersebut kepada jemaah atau rakyat Malaysia yang berniat untuk menikah di sana," katanya.
Mas Ermieyati turut melahirkan kebimbangan mengenai trend melaksanakan umrah secara do-it-yourself (DIY) yang semakin meningkat.
"Umrah DIY adalah menyalahi undang-undang kerajaan Arab Saudi dan perkara ini sedang diteliti di peringkat kementerian kerana umrah cara sebegini mendatangkan risiko yang tinggi kepada jemaah sekalipun kosnya adalah rendah," katanya.
Sementara itu beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan lesen khusus bagi syarikat yang menjalankan pakej umrah dan ziarah yang dikenali sebagai Lesen Khas Umrah (LUK) pada 3 Oktober ini.
"Pada masa ini kami dalam peringkat akhir persiapan lesen ini termasuklah pengenalan kepada sistem pengurusan jemaah umrah yang dikenali sebagai Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS)," katanya.
Beliau berkata dengan pengenalan LUK, ia dapat memperkemaskan industri umrah dan haji di Malaysia dan menutup ruang operasi syarikat tanpa lesen dan umrah DIY daripada berlarutan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn aku dulu buat umrah cara DIY...
Berdua dgn wife dia....ok je dia kata....lebih selesa tak payah ikut kerenah group |
|
|
|
|
|
|
|
artis adalah bbrapa org kawin kt sana. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 7-9-2017 10:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jazaa100 replied at 7-9-2017 10:50 PM
Kwn aku dulu buat umrah cara DIY...
Berdua dgn wife dia....ok je dia kata....lebih selesa tak payah ...
Sekarang dah tak boleh dah umrah DIY.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terus teringat kak long ank menteri |
|
|
|
|
|
|
|
leena1234 replied at 7-9-2017 10:52 PM
Sekarang dah tak boleh dah umrah DIY..
Iyalah....
Ikutkan bahaya gak kan...terutama utk pompuan....tau je lah, pak ereb tu bkn betul sgt pun......negara dorang tak sesuai utk pelancung...
|
|
|
|
|
|
|
|
susukambingbest replied at 7-9-2017 10:52 PM
artis adalah bbrapa org kawin kt sana.
Umie aida
Ashraf muslim
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan umi aida dulu nikah kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak kawin kat mekah? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab kalau kawen di mokah dekat dengan tohan, kawen di msia jauh dengan tohan..takut nanti tohan tak approved dan mungkin juga tohan tak dengar akhad nikah!![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
camtu plak![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ni semua gigih nak ikut trend je ni..bagusla arab saudi x bagi..kang nanti yg tak mampu pun tergedik2 nak kawin kat mekah sampai gigih berhutang sana sini semata mata nak ikut trend
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 7-9-2017 10:55 PM
Umie aida
Ashraf muslim
ashraf muslim nikah ngan wife no1 kat mekah ke ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
yang no2 nikah kat siam kan ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
It's all about business jah dek, tiada konsep keugamaan pun bagi akak.
Sama jah akak cikcur di rome dengan cikcur ke mekah. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 7-9-2017 11:15 PM
Sebab kalau kawen di mokah dekat dengan tohan, kawen di msia jauh dengan tohan..takut nanti tohan ...
Sama macam konsep ummah melayu sunni berdoa depan pintu Kaabah, terus elohim dengar sebab mereka percaya elohim dok cikcur dalam kaabah |
|
|
|
|
|
|
|
MeghanK replied at 7-9-2017 11:49 PM
ashraf muslim nikah ngan wife no1 kat mekah ke
yang no2 nikah kat siam kan
downgrade sangat hiks |
|
|
|
|
|
|
|
MeghanK replied at 7-9-2017 11:49 PM
ashraf muslim nikah ngan wife no1 kat mekah ke
yang no2 nikah kat siam kan
Iya lorr.....
Masa tu alim tahab gaban...
Jadi perawat...mestilah nk nikah depan kaabah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Umrah DIY ni ala-ala versi backpacker la kan? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nikah depan kaabah tapi pemerintah di sana tak iktiraf. Habis tu balik Malaysia akad nikah sekali lagi? Berbeza dengan nikah di siam, sekurang-kurangnya jabatan agama islam di sana iktiraf perkahwinan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
masa dgr news kt radio pg td, trus iols ter bayang muka kaklong..tp any tindakan if perlu pun, surely la minah ni lepas kan ![](static/image/smiley/default/sick0020.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|