Oh Dunia... Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing. Ada yg masih single,
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah,
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak,
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung. Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap. Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 40 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90. Zon masa kita semua tak sama,
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya, masa kita belum sampai. Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza, tapi sama-sama dapat jadi Presiden. Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama.
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama. Ada yg 'depan' dari kita, tapi ada juga yg di 'belakang' kita. Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan. Allah ada perancangan berbeza utk kita semua. Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih.
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri. You are not late. You are not early. You are just on time. Don't stress. Keep going, teruskan dgn apa yg dikerjakan. Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit oleh-Nya. Siapa nak jaga kita bila kita dah tua? Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti. Ada org, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku? Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing-masing, siapalah yang nak jaga aku nanti. Apa masalah kita sebenarnya? Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami. Walhal yg jaga kita itu ALLAH. Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri. Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak-anak ada di sisi menjaga. ltulah kita kata rezeki dan rezeki itu hak Allah. Yakin. Yakin. Yakin Jgn runsingkan kerja Allah. Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni, asyik tak lengkap ni. Jgn runsing belum ketemu jodoh,
Jgn bising masih belum ada zuriat,
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang,
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki,
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan. Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan. Jgn pertikaikan.
"Eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti adakah sempat kita tua? Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan Allah dan Allah itu Maha Adil. Setiap org akan dapat apa yg Allah kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting. Pendek kata ALLAH ADA .Jangan takut
Allah sebaik-baik perancang Allah sebaik-baik pelindung. Jangan mendengki, jangan iri hati, banyakkan usaha, berdoa dan tawakkal.
|