Walaupun terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas, ramai masih tak tahu khasiat tersembunyi dalam sayur kacang bendi.
Foto: Ayurveda and Yoga
Memetik Merdeka.com, bendi bersifat antioksida yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sekali gus melindungi tubuh dari radikal bebas serta mencegah sel kanser membiak.
Jom baca manfaat lain sayur bendi ini!
1. Merawat anemia
Pengambilan bendi akan membantu menghasilkan sel darah yang mencukupi selain mencegah serta merawat penyakit anemia.
2. Menghidap asma?
Foto: NetDoctor
Mereka yang memiliki penyakit asma digalakkan mengambil bendi kerana ia mengandungi sejumlah Vitamin C dan zat antioksida yang membantu mengurangkan serangan asma secara aktif.
3. Menguatkan tulang
Kacang bendi mengandungi sumber folat dan serat yang membantu menguatkan tulang serta mencegah osteoporosis.
4. Aras kolesterol tinggi?
Jangan risau. Selain mengambil ubatan ditetapkan doktor, amalkan pengambilan makanan sihat seperti bendi yang kaya dengan serat larut.
Selain menurunkan aras kolesterol, ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung.
5. Melawas
Kandungan serat dan lendir di dalamnya merupakan pelawas yang baik. Bukan sahaja melancarkan pembuangan air, khasiat bendi juga mengurangkan risiko kanser usus besar.
6. Merawat diabetes
Jika anda menghidap penyakit diabetes, anda disarankan untuk mengambil 6 hingga 8 biji bendi setiap hari kerana sifat bendi mampu menurunkan kadar insulin dalam tubuh.
7. Memelihara kesihatan mata
Foto: Marvel Optics
Bendi kaya dengan beta-karoten, lutein, dan xanthin yang sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata.
Mungkin anda kurang menggemari sayur bendi kerana ia mengeluarkan lendir, tapi tak salah ketepikan rasa tak suka itu demi kesihatan tubuh sendiri, bukan? - CARI |