Apple Inc. telah mengadakan majlis pelancaran produk terbarunya pada pukul satu pagi tadi waktu Malaysia.
Antara produk terbaru keluarannya adalah Apple Watch, Apple TV, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan termasuk satu-satu model iPhone yang dinanti-nantikan iaitu premium iPhone X atau dibaca sebagai iPhone 10 bersempena sambutan ulangtahun ke-10 syarikat tersebut.
Menurut Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook, kesemua produk itu disifatkan sebagai model tercanggih syarikat tersebut sejak keluaran pertamanya, 10 tahun lalu.
Keluaran Iphone X model terbaharu ini hadir dengan rekaan skrin dari sisi ke sisi dan menggunakan pengecaman wajah untuk membuka peranti berkenaan tanpa butang 'home'.
Selain itu, paparan "super retina" juga ditambah baik dengan grafik dan resolusi yang lebih hebat.
iPhone X turut hadir dengan sokongan tahan air dan debu, serta menawarkan tiga pilihan warna berbeza, iaitu silver, space gray dan juga emas.
iPhone X juga dilengkapkan dengan cip pemprosesan Apple A11 Bionic yang menawarkan prestasi lebih 25% tinggi berbanding A10 sebelum ini, serta lebih 70% efisyen.
Apple turut menggunakan cip GPU dan ISP yang direkabentuk sendiri pada telefon pintar ini untuk menawarkan pemprosesan yang lebih berkuasa melaluinya.
Naib Presiden Kanan Apple, Phil Schiller berkata, badan kaca model iPhone X turut dihasilkan dengan paparan grafik lebih baik berbanding model-model terdahulu dengan mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif.
Skrinnya pula penuh di depan seakan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci.
Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel.
Lengkap fungsi pengecasan tanpa wayar, iPhone X mempunyai ciri Portrait Photo Lighting pada kamera depan untuk swafoto.
Dwi kamera dengan lensa f2.4 serta f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.
Pada majlis tersebut, Apple turut memperkenalkan jam pintar terbaharu yang dikenali sebagai Apple Watch dan penambahbaikan sistem tontonan video untuk televisyen berdefinisi tinggi 4K iaitu Apple TV.
Majlis pelancaran itu diadakan sebuah teater kampus yang dinamakan sempena nama bekas pengasas bersama Apple, Steve Jobs.
Bagaimana pula harganya? Sebelum ini terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan iPhone X akan dijual pada harga USD1000 atau kira-kira RM4207, namun harga muktamad yang diumumkan oleh Apple adalah lebih murah sedikit iaitu USD999 atau kira-kira RM4203.
Biarpun perbezaannya tidak ketara, tetapi dianggap lebih murah daripada khabar angin yang mengatakan ianya akan mencecah sehingga RM5,000.
iPhone X mempunyai dua jenis kapasiti minimum iaitu 64GB dan 256GB, dilaporkan tempahan bermula pada 27 Oktober ini manakala penjualannya bermula pada 3 November ini .- CARI
iphone x ni kopipes jah dengan samsung baru tu. cumanya tambah emoji bodoh2 tu dorang letak lah harga 1k harga iphone 7 pun dah drop rasa macam ade sesape nak belikan untuk titew tak, sila pm