View: 1709|Reply: 12
|
Tular Video Dakwaan Tun Mahathir Perlu Bertanggungjawab Dalam Isu Kerugian Forex
[Copy link]
|
|
sumber : The Malaysian Insight
Ketika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sedang giat dijalankan berkenaan isu kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM), dilaporkan baru-baru ini tersebar pula satu klip video yang membuat tuduhan bahawa individu yang perlu dipersalahkan adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Memetik laporan The Malaysian Insight, rakaman video yang berdurasi dua minit itu memaparkan petikan ceramah Ketua Penerangan Umno Annuar Musa dan sedutan kenyataan daripada beberapa individu.
Ianya termasuk Ketua Institut Kepimpinan dan Strategi Asia Ramon Navaratnam dan bekas penolong gabenor BNM, Abdul Murad Khalid juga sudah memberikan keterangan di hadapan RCI.
Menurut Annuar dalam video itu, negara ini kehilangan RM32 bilion, iaitu sebahagian daripada rizab asingnya, ketika pentadbiran Dr Mahathir.
“Ketika saya jadi menteri, tiap-tiap hari Rabu bermesyuarat Kabinet, segala apa bendanya dibincang, yang rasmi dan tidak rasmi."
"Tapi hanya 20 tahun kemudian saya sebagai menteri baru tahu zaman saya Dr Mahathir pimpin, hilang RM32 bilion. Lesap begitu saja."
“RM32 bilion pada 1993 sama dengan RM100 bilion hari ini.”
Ucapan Annuar itu dibuat ketika jelajah pertama Umno; “Perjuangan for all, love, respect, unity" di Wangsa Maju pada 10 September.
Video itu diakhiri dengan mesej “Mahathir perlu bertanggungjawab”.
Difahamkan video tersebut dimuat naik di Facebook Rojak Malaya kira-kira jam 11.30 pagi semalam.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu la rci habis dulu kalau ye pun nak kenakan mader...isnin akan datang mader akan testify...aku tak sabar je nak tgk mader pusing kepala sekor2... |
|
|
|
|
|
|
|
sembang banyak2..ketua demo nok majukan ekonomi amareka |
|
|
|
|
|
|
|
aiiii ... baru nak bising? selama ni apa kome buat?
rugi ... OK lah tu ... dah rugi nak buat macam mana .... bukan UFM. |
|
|
|
|
|
|
|
Pokjib tersenyum sinis dibelakang iteww |
|
|
|
|
|
|
|
Nt...'kita tengok sapa yg kena'...... |
|
|
|
|
|
|
|
mamak kutty tu dah suci sejak join Pakatan Rakyat yang tak suci Hadi Awang je |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...macai pun...da kena pecat jadi pengerusi mara tu diam2 lah...bongok..sah2 la ko da songlap duit mara tu kan sbb tu berganti dgn dr. awang adek |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah terang duit tu lebur sebab kerugian main FOREX, be it. at least kita tau kemana duit tu hilang. Buat la RCI pun, kalau dah tau sapa salah ..so what.. nak buat apa kat dia..? suruh dia ganti balik ker?
Yang pusing pusing duit rakyat satu dunia kemudian masuk ke akaun peribadi tu yang patut di tangani sekarang, tak kan nak tunggu lagi 30 tahun kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Annuar Ni yg sibuk sokong Malaysian student yg paedo tu Kan..laughable kot! Obviously takde otak! |
|
|
|
|
|
|
|
kisah forex losses ni dari zaman reformasi dah dengar....
bkn citer baru....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aikkk baru sekarang tahu rugi forex bnm, banganglah hang selama ni jadi menteri. Orang lain dah tahu lama.
Patut la duk percaya Jibby lagi, mungkin 30 tahun lagi baru dia tahu Jho Low and gang rompak duit rakyat Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
si musang ni dah xde jawatan nak songlap duit g
tu menyalak melolong2 nk up nama balik
dasar musang |
|
|
|
|
|
|
| |
|