View: 1863|Reply: 5
|
Jumpa Wang Kertas 100 ribu Euro Tersumbat Dalam Mangkuk Tandas
[Copy link]
|
|
sumber : internet
Jurucakap dari pejabat penyiasat yang bertempat di Geneva, Switzerland mengesahkan pada bulan Mei, beberapa tandas yang terletak di Switzerland dilaporkan tersumbat.
Namun setelah diselenggarakan, pihak penyiasat terkejut mendapati terdapat individu telah membuang sejumlah wang kertas yang bernilai 100 ribu Euro atau bersamaan dengan RM500 ribu di dalam mangkuk tandas itu.
Memetik laporan BBC, kejadian itu berlaku di dalam tandas tiga buah restoran milik kumpulan UBS.
Difahamkan kesemua wang kertas yang bernilai 500 Euro itu telah digunting sehingga menjadi cebisan kecil, kata Andrew, jurucakap penyiasat polis Geneva.
Suspek yang sudah ditangkap menerusi peguamnya memaklumkan, mereka sanggup membayar perbelanjaan membersihkan mangkuk tandas itu.
Walaupun pendakwa raya tidak menyatakan identiti suspek, tetapi media tempatan telah melaporkan kedua-dua suspek merupakan wanita warga Sepanyol.
Motif kejadian masih belum diketahui.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dadah lah tu, omputih pun tau, duit haram kena buang |
|
|
|
|
|
|
|
Duit dh kena gunting cemana dorang tau jumlahnya? |
|
|
|
|
|
|
|
xrasa dorg tahu, dia terus dpt info dari peguam nilai duit tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya duit tu kena gunting |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau berapa nilai yg kena gunting, print ja baru....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|