16 September lalu,seorang bomoh di Kalimantan, Indonesia, mengakui dia memiliki kuasa sakti dan bertindak masuk ke dalam sungai untuk melakukan ritual bagi mencari seorang mangsa yang dibaham buaya.
Bagaimanapun nasibnya malang apabila dia pula yang dibaham buaya. Kejadian mengerikan itu telah dirakam oleh penduduk yang datang menyaksikan ritual itu.
Memetik laporan Daily Mail, paparan video itu jelas kelihatan bomoh tersebut berada di dalam sungai. Namun tiba-tiba dia cuba berenang ke tepi sungai dan hilang di permukaan air akibat ditarik oleh buaya.
Sehingga jam 9.40 malam, pihak polis baru menemui mayat bomoh dan mangsa sebelumnya.
Anggota badan kedua-dua mayat itu masih sempurna dan tiada kesan koyokan teruk akibat gigitan buaya.
Difahamkan, ini merupakan kes keempat kejadian maut digigit buaya pada tahun ini di Kalimantan.- CARI