|
|
Selepas dikejutkan dengan berita Lee Chong Wei tewas di tangan Brice Leverdez dalam aksi pembukaan Kejohanan Dunia di Glasgow bulan lalu, Chong Wei menebus semula kekalahannya dengan mengesahkan tempat ke final dalam acara Terbuka Jepun.
Memetik BH Online, pemain nombor tujuh dunia itu menewaskan bintang muda China, Shi Yuqi 21-18, 21-9 dalam aksi separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Tokyo, sebentar tadi.
 Foto: AFP
Chong Wei,35, akan bertemu sama ada pemain Korea Selatan, Son Wan Ho atau juara dunia 2017, Viktor Axelsen dari Denmark bagi penentuan gelaran juara, esok.
Selepas enam kali bergelar juara Terbuka Jepun bermula 2007, 2010, 2012, 2013, 2014 dan 2016, adakah Lee Chong Wei akan berjaya mengulang sejarah dengan meraih gelaran ketujuh Terbuka Jepun? - CARI
|
|