CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2801|Reply: 39

[Dunia] Suami isteri bunuh, makan 30 orang

  [Copy link]
Post time 26-9-2017 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Suami isteri bunuh, makan 30 orang












Dmitry Bakshaev, 35, (kanan) yang mengaku membunuh dan memakan 30 orang sejak 1999. Kiri, gambar wanita yang disiarkan media Russia dipercayai mangsa terbaru Dimitry dan isterinya. - Foto Daily Mail











Share


Tweet


Share


Agensi



SATU pasangan di wilayah Krasnodarsky, selatan Russia, ditahan selepas mengaku membunuh dan memakan sekurang-kurangnya 30 orang sejak 18 tahun lalu.
Difahamkan, polis sudah menemui sekurang-kurangnya lapan anggota tubuh manusia dan sedang memeriksa rumah mereka bagi mencari bukti lain, termasuk anggota tubuh manusia.
Lelaki berkenaan yang dilaporkan media tempatan dikenali sebagai Dmitry Bakshaev, 35, memberitahu polis kegiatan kejamnya itu bermula sejak 1999.
Menurut Daily Mail, portal berita Russia, Mash, melaporkan isteri lelaki itu, Natalia, 42, seorang jururawat dan mereka digelar ‘keluarga kanibal’.
Pasangan itu ditahan selepas polis menemui gambar seorang lelaki bersama anggota tubuh manusia dalam telefon yang ditemui.


Menurut Jawatankuasa Siasatan Russia yang mengendalikan jenayah berat Russia, Dimitry dan isterinya menyimpan anggota tubuh manusia dalam peti sejuk dan peti sejuk beku serta di ruang bawah tanah.
Antara anggota tubuh manusia yang ditemui di ruang bawah tanah pasangan itu ialah milik seorang wanita yang mayatnya ditemui di tepi jalan di Krasnodar pada 12 September lalu.
Pekerja pembersihan menemui telefon bimbit berkenaan pada hari yang sama dan menyerahkannya kepada polis.
Dimitry dan isterinya mengaku melakukan jenayah itu ketika soal siasat.
Media tempatan menyiarkan gambar Dimitry bersama seorang wanita berusia 35 tahun yang tidak dinyatakan nama serta hubungan dengan Dmitry namun menurut sumber siasatan, wanita itu dipercayai mangsa terbaru.


[size=0.8em]Anggota tubuh manusia yang ditemui tersimpan dalam balang dan kanan, gambar kepala manusia dalam pinggan dihiasi hirisan limau bertarikh 28 Disember 1999. - Foto Daily Mail


Polis menemui tujuh anggota tubuh manusia sejuk beku dan pasangan itu juga mengawet anggota tubuh dalam balang kaca seperti jeruk. Turut ditemui 19 bukti dipercayai kulit manusia.
Polis turut menemui satu beg plastik berisi akesori wanita
Antara gambar yang ditemui di rumah pasangan itu ialah kepala manusia dalam pinggan dihiasi hirisan limau bertarikh 28 Disember 1999.
Pasangan itu dipercayai menggunakan dadah untuk ‘menidurkan’ mangsa sebelum membunuh dan melapah mereka.




sumber harian metro














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2017 09:28 AM | Show all posts
kalu ikut sejarah zmn perang dulu mase cold war...org rusia nih mmg bunuh n mkan org coz mkanan terhad...x heran lh
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 09:30 AM | Show all posts
erkkk...siap buat jeruk lagi...gila...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Eiwwwwww.m having breakfast while reading this
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 09:34 AM | Show all posts
ini betul2 gila
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 09:37 AM | Show all posts
kembang tekak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2017 09:44 AM | Show all posts
erk.. xjadi meols nk makan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 09:49 AM | Show all posts
Masih wujud lagi ke cannibal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 26-9-2017 09:49 AM
Masih wujud lagi ke cannibal

masih, kalau tgok kat utube mmg boleh buat kita jd gila balik2 teringat. .takutnyaaa, belah2 sn mmg msh bunuh org utk d mkn. .

so scaryyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:02 AM | Show all posts
raradhia replied at 26-9-2017 10:00 AM
masih, kalau tgok kat utube mmg boleh buat kita jd gila balik2 teringat. .takutnyaaa, belah2 sn mm ...

Scarryyy giler..bayangkan kita pg melancong tpt depa..tetiba kena ngap
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:16 AM | Show all posts
euwwww.

gila.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:20 AM | Show all posts
laki bini gila babi
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:27 AM | Show all posts
I baru lepas makan, now rasa nak termuntah.
Spesis manusia gila makan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:40 AM | Show all posts
Ngerinya tengok kepala orang dengan limau atas meja tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:47 AM | Show all posts
kepala orang masak stim limau ke tu?
euwww.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:07 AM | Show all posts
Ade lagi makhluk kanibal tahun 2017 ni. Adoiii dah xde makanan ke kat Russia tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2017 11:12 AM | Show all posts
dlm taun 2012 or 2013 y ade baca kt blog kitamanusiakelana.blogspot ade dia tnjuk camane proses paking daging2 manusia y diaorg bunuh,siap jual lg rasenya kt china...blog ade lg or tak xtau la
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:20 AM | Show all posts
scary nya

dah lah ramai mangsa dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:22 AM | Show all posts
sickos
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:31 AM | Show all posts
Fuh stok2 wrong turn nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.113545 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list