|
|
sumber : Daily Mail
Wanita terberat di dunia, Eman Abd El Aty dilaporkan meninggal dunia pada usia 37 tahun petang Isnin akibat mengalami pelbagai komplikasi termasuk penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.
Memetik laporan Daily Mail, jurucakap doktor di Hospital Burjeel memberitahu, Eman yang sedang menerima rawatan rehabilitasi di Abu Dhabi menghembus nafas terakhirnya pada jam 4.35 pagi (waktu tempatan).
Dilaporkan sejak kecil, dia mengalami penyakit tiroid dan genetik yang menyebabkan berat badannya mudah naik.
Kesihatan Eman dianggap sesuatu yang unik untuk pakar perubatan kerana dia adalah pesakit yang berdepan pelbagai risiko.
Eman juga telah mengalami strok yang mengakibatkan bahagian kanan badannya termasuk tangan dan kakinya lumpuh, tidak dapat bercakap, tahap dua diabetis, tekanan darah tinggi, masalah paru-paru dan gaut.
Pada Mei lalu, dia dipindahkan ke Hospital Burjeel dari India untuk menjalani pembedahan penurunan berat badan yang menyaksikan dia hilang lebih 300 kilogram (kg) berbanding berat asal, 500kg.
Awal tahun ini, warga Mesir itu mengalami komplikasi semasa rawatan mengurangkan berat badan ketika di Mumbai.- CARI |
|