CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1995|Reply: 21

[Tempatan] Projek tebatan banjir : Peruntukan RM2.6 bil, yg dibelanja hanya RM443 juta. Bak

[Copy link]
Post time 26-9-2017 06:19 PM | Show all posts |Read mode


GEORGE TOWN: The federal government only spent RM443 million on flood mitigation projects in Penang from 2006 to the present date, the state government said today.

It made the statement to refute Natural Resources and Environment Minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar’s recent remark that “RM2.6 billion” worth of flood mitigation projects were implemented in Penang.

Junaidi’s claim was supported by the Penang Federal Action Council chief Zainal Abidin Osman, who issued a list of flood mitigation projects worth RM2.04 billion purportedly carried out by the federal government.

The federal leaders’ statements came after the Penang government asked for “at least RM1.1 billion” which it claimed was the balance of funds allocated for flood mitigation projects in the state.

At a press conference today, state flood mitigation committee chairman Chow Kon Yeow stood by the state government’s RM1.1 billion claim, based on numbers provided by the drainage and irrigation department.

He said that in the 9th, 10th and 11th Malaysia Plans, the federal government allocated a total of RM1.79 billion for flood mitigation in Penang.chart_flw

However, Chow said, the actual funds received for flood mitigation were significantly reduced in each of the plans.

He said in the 9th Malaysia Plan (2006-2010), RM1.4 billion was allocated but the amount was amended to RM306 million and the entire allocation was spent.

In the 10th Malaysia Plan (2011-2015), only RM193 million was allocated and only RM132 million given, while RM125 million of it was spent.

In the current 11th Malaysia Plan (2016-2020), only RM205 million was allocated but only RM23 million was received to-date. Of the RM23 million, only RM12 million was spent.

“As you can see from the breakdown, it is clear that many flood mitigation projects were not implemented in full to resolve the flood woes in Penang,” Chow said.

“Zainal should not have hidden these important facts when putting up the list of flood mitigation projects.

“The Penang government has the right to ask the federal government to fulfil its responsibility to deal with the flood woes in Penang.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 08:16 AM | Show all posts
kantoi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:17 AM | Show all posts

mengkrik krik krik


@memeque10

@cmf_BeachBoys
@Simunggu
@bioessence
@dcruins @finesse
@shamsadis
@slavehunter
@whitemagic
@kakiselit
@M5
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua projek yg BN janji berdegar degar di parlimen tu mcm ni. Jibby cakap je billion billion tp yg dapat ciput je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:23 AM | Show all posts

siapa suruh tak undi BN...mcm ini lah dulu dulu di Sabah....sehingga lah BN menang kembali....baru rahmat...kalau harap pembangkang...cakap shj lebih....hasilnya.. rakyat yg menderita...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah..! Bajet nak kantoikan kerajaan Penang, ujong2 sendiri kantoi songlap duit. Apa kata cacai murahan @memeque10 @bioessence @akusukaq @rashiman @nobito @whitemagic
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2017 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mana lagi, kena sebat lah tu
so elok tukar nama dari projek tebatan banjir jadi projek sebatan banjir
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
CSI la skli negeri kerajaan kedah sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 10:01 AM | Show all posts
kantoi woi kantoi ..mana nak sorok lagi woi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:17 AM | Show all posts
kalau org2 BN yg sebat takper....
SPRM tutop mata jer....
janji jgn pembangkang....
songlap 5 henggit ... kompom SPRM turun satu bas utk siasat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:20 AM | Show all posts
aku rasa semua peruntukan pun kena slash macam ni
namanya prudent spending

all accross the gomen departments semua kena
mana yang boleh jimat semua jimat
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:49 AM | Show all posts
Simunggu replied at 27-9-2017 08:23 AM
siapa suruh tak undi BN...mcm ini lah dulu dulu di Sabah....sehingga lah BN menang kembali....baru ...

krikk....krik....krikkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:51 AM | Show all posts
kerunai replied at 27-9-2017 10:01 AM
kantoi woi kantoi ..mana nak sorok lagi woi

kalau orang2 bijan, tak payah sorok-sorok.....bak kata macai bijan, sy ikut bos besar.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2017 09:27 AM | Show all posts
KM persoal ketelusan peruntukan tebatan banjir
    3 Okt 2017, 5:53 petang  

Ketua Menteri Pulau Pinang mempersoalkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persekutuan Datuk Seri Zainal Abidin Osman berhubung baki peruntukan berjumlah RM2,157 juta untuk projek tebatan banjir di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Zainal Abidin (gambar) senyap berhubung perkara itu walau pun beliau sebelumnya mendakwa kerajaan persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2.6 bilion untuk menyelesaikan masalah banjir di engeri itu.

"Apa yang jadi dengan baki duit itu memandangkan Pulau Pinang hanya menerima RM433 juta sahaja daripada kerajaan persekutuan; Zainal Abidin enggan mengulas hal ini," kata Lim pada sidang akhbar di bangunan Komtar hari ini.

"Saya dimaklumkan suatu laporan polis telah dibuat berhubung hal ini dan saya harap Zainal Abidin berani untuk memberi maklum balas dalam masa yang terdekat," tambah beliau.

Pulangkan baki duit tebatan banjir

Lim berkata permohonan maaf daripada Zainal Abidin tidak diperlukan walau pun, "kami rasa beliau telah membohongi rakyat."

"Kami cuma mahu pastikan duit yang dijanjikan kepada kami untuk tebatan banjir dipulangkan kepada kami secepat mungkin."

Pada 26 September 2017, ahli exco kerajaan negeri mengenai tebatan banjir Chow Kon Yeow menunjukkan bukti berupa data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran yang mencatatkan kerajaan persekutuan hanya memperuntukan RM433 juta untuk Pulau Pinang.

Beliau memberi maklum balas berhubung kenyataan Zainal Abidin dan menteri sumber asli dan alam sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar bahawa sebanyak RM2.6 bilion telah dibelanjakan untuk projek tebatan banjir di negeri utara itu.

Lim memohon dana dari Putrajaya bagi langkah-langkah tebatan banjir dipercepatkan susulan Pulau Pinang dilanda hujan lebat sebanyak 270mm pada 15 September 2017 lalu menyebabkan kejadian banjir kilat di pulau itu

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 11:04 AM | Show all posts
DAP Pulau Pinang Berniat Jahat, Cuba Mengelirukan Rakyat - Zainal Abidin
Tarikh kemaskini: 25/09/2017


GEORGE TOWN, 25 Sept (Bernama) -- Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP mempersoalkan peruntukan RM2 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk Projek-Projek Tebatan Banjir di negeri ini adalah berniat jahat dan bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata adalah 'memalukan' apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow tidak tahu mengenai projek tebatan banjir tersebut sedangkan semuanya dalam pengetahuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sebuah agensi di bawah kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

Menurutnya, tanpa peruntukan tersebut tentunya keadaan banjir di Pulau Pinang akan lebih teruk lagi terutamanya di sekitar kawasan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah di laksanakan.

"Orang bukan asal Pulau Pinang seperti ketua menteri tidak akan faham dan tahu tentang perkara sebegini. Saya minta ketua menteri dan Exco Tebatan Banjir semak semula dengan JPS Pulau Pinang sekali lagi sebelum melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menegaskan kenyataannya mengenai kerajaan persekutuan membelanjakan RM2 bilion untuk projek kawalan banjir di Pulau Pinang adalah benar, bukan fitnah atau palsu.

Dalam laporan Sabtu lepas, Lim telah meminta Zainal Abidin untuk buktikan kerajaan persekutuan membelanjakan RM2 bilion untuk projek kawalan banjir di Pulau Pinang.

Zainal Abidin menjelaskan sejumlah 10 projek telah siap dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.49 bilion dan antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah RTB Bertam Kepala Batas, RTB Bandar Pulau Pinang, RTB Sungai Junjung dan RTB Sungai Perai di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Selain itu, sebanyak 11 projek telah dilaksanakan yang melibatkan peruntukan RM404.5 juta bagi RMK10 manakala baru-baru ini, kerajaan persekutuan telah meluluskan sejumlah RM150 juta bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang dalam RMK11,"katanya.

Beliau berkata dakwaan ketua menteri kononnya peruntukan RM1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM1.1 bilion masih belum dijelaskan oleh kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik.

"Ia menggambarkan ketua menteri dan Exconya tidak tahu menahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di negeri yang mereka tadbir,"katanya.

Hujan lebat pada 15 Sept lepas telah mengakibatkan hampir 100 kawasan di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Banjir dikatakan berpunca daripada tempias Taufan Doksuri yang melanda Vietnam dan menyebabkan taburan hujan luar biasa.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat gebang boleh lag Zainal Abidin, bg la bukti projek dah siap sign delivered yg mcm exco tu mintak.

Setakat cakap juta juta x der bukti highway pan borneo pun boleh sampai bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 11:29 AM | Show all posts
bit replied at 4-10-2017 11:12 AM
Setakat gebang boleh lag Zainal Abidin, bg la bukti projek dah siap sign delivered yg mcm exco tu mi ...

apa lagi...jika tak betul, jika setakat gebang....
bolehlah saman Zainal Abidin dan BERNAMA..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:08 PM | Show all posts
adalah amalan biasa apa yg diperuntukkan/diumumkan oleh pak2 menteri waima dlm dewan parlimen sekali pon tidak 100% dapat. namanya peruntukan...byk kes apa yg diperuntukkan hanya separuh je dpt. lagi teruk kurang dr separuh. nak tau betul2 perbelanjaan, compare apa yg disalurkan dr kementerian kepada agensi2 terlibat. itu baru actual figure.

tambahan sekarang byk bajet kena potong. mungkin apa yg disalurkan ke agensi tak sampai pon ke projek. y? bajet berkenaan terpaksa disalurkan utk menampung perbelanjaan luar jangka/kecemasan.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:17 PM | Show all posts
aks_berhad replied at 4-10-2017 12:08 PM
adalah amalan biasa apa yg diperuntukkan/diumumkan oleh pak2 menteri waima dlm dewan parlimen sekali ...


memang tak semua bajet digunakan, ada yg dipotong bajet dan ada jugak bajet yg tidak mencukupi yg memerlukan tambahan bajet.
dan jika ada baki yg tak digunakan pun,  ada yg dipindahkan ke bajet lain yg lebih memerlukan, mana2 yg tak amanah, apabila diamanahkan menguruskan bajet, ada jugak yg songlap.
Tapi Pemikiran pembangkang, jika tak guna, baki bajet banyak lagi itu bermakna di songlap, itu cara pihak pembangkang berpolitik bagi
menanam kebencian kpd kerajaan untuk mendapat sokongan dan undi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Si Zainal Abidin yg mula bising konon projek 2 billion, bila org tunjuk x sampai 2 billion, macai kena konar baring cakap salur ke tempat lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.125994 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list