CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Tempatan] [Edisi Apek Buat Kerja Bodoh #1] Pengasas skim pelaburan mengaku tak salah

[Copy link]
Post time 26-9-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 26-9-2017 08:38 PM

KUALA LUMPUR: Seorang pengasas skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) dan dua lagi lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menipu pemilik bengkel motor berjumlah RM4,700, Mac lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Lee Chong Sen, 28; Lim Seong Woei dan Pang Chee Peng, kedua-duanya 30 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mereka didakwa bersama-sama memperdayakan Yeoh Kian Lai, 45, melabur RM4,700 untuk skim pelaburan JJPTR dengan keuntungan dijanjikan adalah tidak wujud.

Perbuatan itu mendorong mangsa memasukkan wang tunai kepada syarikat PCP Global Tech Sdn Bhd di CIMB, Jinjang Selatan pada jam 1.30 petang, 30 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 2 November untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K Vasugi, manakala semua tertuduh diwakili peguam, G Jaya Prem dan Tan Meow Khoon.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/330521/pengasas-skim-pelaburan-mengaku-tak-salah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.063280 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list