CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 7

[Tempatan] [Edisi Apek Buat Kerja Bodoh #3] Pemandu ambulans mengaku bersalah

[Copy link]
Post time 26-9-2017 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu ambulans mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara tidak cermat sehingga membahayakan pengguna di Jalan Song Ban Kheng di sini, awal bulan ini.

Chong Cheok Fai, 34, yang memakai baju-t putih berkolar dan berseluar hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Mengikut pertuduhan, Cheok Fai yang bertugas di sebuah hospital swasta didakwa memandu secara tidak cermat atau tanpa perhatian munasabah sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di Jalan Song Ban Kheng, pada jam 8.35 pagi, 6 September lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh dihukum penjara 12 bulan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain, manakala Cheok Fai tidak diwakili peguam.

Terdahulu Kamaliza memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kes itu bukan sahaja medatangkan kemudaratan kepada tertuduh sahaja, tetapi turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

"Dalam kes ini, penunggang motosikal yang terbabit dalam kejadian itu turut mengalami kecederaan serius pada tulang rusuk, selain menyebabkan pengguna jalan raya lain menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan yang dialami mereka," katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM6,000 atau 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar jumlah berkenaan, selain mengarahkan lesen memandu tertuduh direkodkan.

Dalam kejadian itu, Cheok Fai yang memandu sebuah ambulans dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit, melanggar sebuah kereta selepas gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Ban Kheng, selain merempuh sekumpulan penunggang motosikal lain.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/330363/pemandu-ambulans-mengaku-bersalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 09:37 PM | Show all posts
Pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cheong cok fai..
Kang tukar nama jd eric paulsen
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:25 PM | Show all posts
abaikan bab bangsa tu....

maknanya kalau berlanggar dengan ambulans kalau lampu kita hijau dia merah, makna dia yang salah?

serius sebelum ni aku ingat kita yang salah....

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:10 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 26-9-2017 10:25 PM
abaikan bab bangsa tu....

maknanya kalau berlanggar dengan ambulans kalau lampu kita hijau dia me ...

kalau tengok balik video tu mcm dia x berenti dkt junction tu..meluru je keluar...tengok dkt (0:40)


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:54 AM | Show all posts
kentel replied at 27-9-2017 08:10 AM
kalau tengok balik video tu mcm dia x berenti dkt junction tu..meluru je keluar...tengok dkt (0:40 ...

tak nampak macam meluru pun..
dia slow dah masa keluar macam line dah clear..
sekali kereta yang nak kejar lampu meluru..
which kalau kita yang bawa kereta dan alert, kita akan slow dan bagi laluan pada ambulance..
bukan kejar lampu hijau..

lepas ni harap semua driver ambulance drive ikut peraturan dan had laju..
kalau orang marah lambat, cakap je biar lambat asal ambulance selamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2017 11:15 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-9-2017 10:54 AM
tak nampak macam meluru pun..
dia slow dah masa keluar macam line dah clear..
sekali kereta yang ...

yelah...tapi kalau ikut keutamaan jalan raya, memang yang green light dpt priority utk jalan dulu...strobe light dgn siren tu hanya utk alert kenderaan je...still dia tak berhati-hati la kat situ..takkan dia tak nampak oncoming vehicle laju gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina mabuk ni tak tahu undang-undang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.264448 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list