View: 636|Reply: 4
|
[Dunia]
[Edisi Fight Back #3] 17 lagi mayat penganut Hindu ditemui di Rakhine
[Copy link]
|
|
Edited by cmf_BeachBoys at 26-9-2017 10:48 PM
YANGON: Pasukan penyiasat menemui 17 lagi mayat penganut Hindu dalam kubur besar di Rakhine, Myanmar, hari ini, iaitu sehari selepas 28 mayat ditemui yang didakwa menjadi bukti pembunuhan besar-besaran oleh pejuang Rohingya.
Semalam, pihak tentera mendakwa, menemui dua lubang lumpur yang dipenuhi 28 mayat penganut Hindu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di luar perkampungan Ye Baw Kyaw di utara Rakhine.
"17 lagi mayat ditemui hari ini," kata jurucakap kerajaan Zaw Htay yang menuduh pembunuhan terbabit dilakukan pejuang Rohingya.
Gambar yang dimuat naik Jawatankuasa Maklumat Myanmar menunjukkan dua barisan mayat reput disusun di atas rumput.
Sementara itu, pemimpin Hindu, Ni Maul yang turut menyertai misi mencari bersama tentera dan polis, berkata mayat yang baru ditemui adalah lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun dan ditanam di dalam dua lubang berhampiran tapak kubur.
"Kami masih menjalankan misi mencari bersama tentera dan polis, kerana kami percaya lebih 100 orang dibunuh pada masa yang sama," katanya kepada AFP. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2017/09/330225/17-lagi-mayat-penganut-hindu-ditemui-di-rakhine |
|
|
|
|
|
|
|
So dah terbukti rohingyucks mengganas jua kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing ko pukul hari2 pun kekadang dia lawan balik..apatah lg manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu Burma perang rohingya kot.. Mesti dah x tahan rohingya hari hari nak pukul Burma.. Dgn Hindu pun rohingya genocide.. |
|
|
|
|
|
|
|
Emm.. propa much rohingya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|