CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 13

[Tempatan] [Edisi Fight Back #4] Pesta Mabuk : Exco Pas, Mufti Selangor bantah

  [Copy link]
Post time 26-9-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM 25 Sept. – Exco kerajaan negeri daripada Pas membantah sebarang usaha membenarkan pesta arak yang permohonannya telah ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dilarang pihak polis, daripada diadakan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, Pas membantah penganjuran pesta berkenaan di negeri ini dan beliau secara peribadi turut berpandangan sama.

Tegasnya, walaupun undang-undang tidak menyekat bukan Islam minum arak, namun itu bukan alasan untuk mereka mengadakan pesta secara besar-besaran tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Saya tidak setuju dan tidak akan membenarkan penganjuran pesta itu diadakan di Selangor. Kalau mereka (bukan Islam) nak minum arak, mereka boleh adakan secara tertutup, bukannya diheboh-hebohkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid turut menentang keras jika pesta arak mahu dibenar diadakan di negeri ini kerana arak adalah ibu segala maksiat yang diharamkan.

“Saya secara peribadi menentang penganjuran pesta arak itu daripada diadakan, apatah lagi jika dibuat di negeri ini. Saya sudah berhubung dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan setakat ini tiada permohonan dibuat oleh penganjur.

“Arak ini adalah haram bagi umat Islam dan merupakan ibu segala maksiat, jadi apa juga penganjuran aktiviti termasuk pesta secara besar-besaran perlu ditolak oleh kerajaan negeri,” tegasnya.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/exco-pas-mufti-selangor-bantah-1.530842
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok good. Jgn lembik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
My God, masa Kristian nak buat perhimpunan tertutup sesama diorang pun mengelupur jugak, iman senipis kulit bawang betul
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:01 AM | Show all posts
knp la menggelupur sangat,,,kan event tu dari 2012 dah buat????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2017 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 27-9-2017 08:01 AM
knp la menggelupur sangat,,,kan event tu dari 2012 dah buat????

Maknanya kesedaran untuk menentang maksiat makin meningkat dikalangan umat Islam di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 01:27 PM | Show all posts
dalam kes ni aku setuju
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2017 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ibu segala maksiat kunun. tapi itu jugak jadi hidangan utama kat akhirat utk lobai. bukan setakat 1, 2 botol, siap terus bagi sungai arak lagi. lagi ada hati mau cakap ibu segala maksiat. macam la tak pernah dengar cerite lobai minum air zam2 tak sentuh arak tapi siap pi rogol anak dara orang. Ibu segala maksiat kunun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ibu segala maksiat kunun. tapi itu jugak jadi hidangan utama kat akhirat utk lobai. bukan setakat 1, 2 botol, siap terus bagi sungai arak lagi. lagi ada hati mau cakap ibu segala maksiat. macam la tak pernah dengar cerite lobai minum air zam2 tak sentuh arak tapi siap pi rogol anak dara orang. Ibu segala maksiat kunun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 27-9-2017 01:26 PM
Maknanya kesedaran untuk menentang maksiat makin meningkat dikalangan umat Islam di Malaysia

spesis peminum air kencing unta padang pasir memang sentiasa kaguk dgn keindahan dunia fantasi mereka. delusional. realiti depan mata tak nampak. ramai saja orang kat dunia luar minum sakaran yakni arak yg disebut didlm al quran sbg rezeki yg baik berperangai jauh lebih molia dari spesis2 delusional kunun tuhan sayang org mcm depa.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:57 PM | Show all posts
pesta arak tu lebih kpd isu keselamatan.
toksah nak samakan org jepon minum arak.
(gigih siti kasim bergambo dgn tong arak kat jepon)

sorang mabuk pon dah sapu bersih budak2 beskal.
yg pandu lawan arus pon satu hal lagi.

bayangkan lebih 50 bijik keta mabuk mula merebak keluar dari pesta.
agak2 ada berapa org yg bleh sampai ke destinasi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat minum air kencing syaitan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 27-9-2017 01:26 PM
Maknanya kesedaran untuk menentang maksiat makin meningkat dikalangan umat Islam di Malaysia

Pusat judi terbesar di Asia tenggara xnak suruh tutup?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 06:24 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-9-2017 10:25 PM

Tahun hadapan jangan guna kan nama octfest lagi, Sila gunakan  dalam bahasa arab iatu “mahrajan uktubar”..mesti lobai tidak akan merasa jealous dan akan approved kan licence dan mungkin juga mereka akan berpati bersama sambil minum tea tarik dan plain water!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-9-2017 06:06 AM
Pusat judi terbesar di Asia tenggara xnak suruh tutup?

Dah.berbelas tahun lepas PAS dah nyatakan hasrat untuk tutup sekiranya berjaya pegang kuasa kelak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.109473 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list