CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

[Dunia] [Edisi Realiti #4] Kenapa pejuang Rohingya serang tentera Myanmar

[Copy link]
Post time 26-9-2017 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
COX BAZAR - BANGLADESH. Bukanlah tugas mudah mencari seorang komander pasukan perjuang rakyat Rohingya di kalangan pelarian di kem yang terletak sempadan Bangladesh.

Kegelapan menyelubungi lokasi yang sesak dengan pelarian dan kawasan berbukit di kem pelarian dengan jalan berlumpur dan asap di udara.



GLOBAL
Kenapa pejuang Rohingya serang tentera Myanmar
26 SEPTEMBER 2017
Kenapa pejuang Rohingya serang tentera Myanmar
Kawasan penempatan sesak di kem pelarian di Bangladesn dekat sempadan Myanmar
A- A A+ (Ubah saiz teks)
COX BAZAR - BANGLADESH. Bukanlah tugas mudah mencari seorang komander pasukan perjuang rakyat Rohingya di kalangan pelarian di kem yang terletak sempadan Bangladesh.

Kegelapan menyelubungi lokasi yang sesak dengan pelarian dan kawasan berbukit di kem pelarian dengan jalan berlumpur dan asap di udara.


Di bahagian atas puncak, menghadap ke seluruh bandar yang dibina untuk pelarian, Muhammad Rafik muncul dan duduk bersila bersama-sama sekumpulam kecil yang juga rakan senegaranya, jauh dari kampung halaman mereka, Rakhine.

Lelaki yang berusia 30 tahun itu berkata, dia adalah Timbalan Komander Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), pasukan militan yang mencetuskan gelombang keganasan dan tindakan keras kejam oleh tentera Myanmar.

Rafik mendakwa dia berada di sana pada 25 Ogos ketika serangan hendap tengah malam yang menyebabkan sebuah pasukan tentera terbunuh, berjuang bersama 50 orang lelaki lain dari kampungnya.

"Terus mati adalah lebih baik daripada mati secara perlahan-lahan.

"Mereka telah menyeksa kami hari demi hari sehingga kami tidak mempunyai pilihan. Itulah sebabnya kami bertindak.

"Kami tahu ini akan berlaku. Kami bersatu dan kami memutuskan untuk melakukan ini," dedahnya kepada Channel News Asia.

Serangan yang diselaraskan dilakukan oleh sekumpulan pejuang ARSA di seluruh negeri.

Sejak itu, beratus-ratus buah kampung telah dibakar dan lebih daripada 400,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Sementara itu, menurut seorang lagi pejuang Rohingya, Abul Alam berkata, ARSA tidak mempunyai banyak senjata malah kurang terlatih.

"Ia adalah misi kematian bagi para pejuang dan penduduk Rohingya. Adalah perlu bagi dunia untuk melihat 'penyeksaan dan penderitaan' yang dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar.

Kata Abul lagi, mereka tidak pernah terfikir akan menjadi pelarian di Bangladesh.

"Secara jujurnya, kami fikir jika kami menyerang tentera mereka akan menyerang kembali dan kemudian dunia akan melihat apa yang sedang berlaku kepada Rohingya.

"Kami tahu kami tidak mempunyai cukup senjata untuk melawan tentera Myanmar. Kita juga tahu bahawa jika kita bertarung, walaupun dengan tongkat, maka dunia akan tahu dan belajar banyak daripadanya, " katanya.

TUDUHAN JENAYAH

ARSA telah dituduh melakukan jenayah kejam terhadap penduduk tempatan yang lain.

Kubur besar kebanyakannya wanita Hindu yang ditemui pada hari Ahad (24 September) oleh tentera dan susulan penemuan itu, ARSA dilabel sebagai pengganas.

Abul berkata, Rohingya tidak mempunyai konflik dengan kumpulan etnik lain dan menafikan bahawa mana-mana ahli ARSA bertanggungjawab atas kekejaman tersebut.

"Ia benar-benar salah. Ramai anak muda beragama Hindu berkawan dengan kami. Jika sebahagian daripada mereka memerhatikan kami, kami akan memberitahu mereka bahawa mereka bukanlah musuh.

"Musuh kami adalah kerajaan. Kamu tidak pernah menyeksa kami, kamu tidak pernah memukul kami dan tidak pernah membunuh kami. Kita adalah mangsa.

"Penganut agama lain seperti saudara. Ia bukan masa untuk membenci satu sama lain. Kami berjuang untuk hak-hak kami. Tetapi kita tidak akan mengarahkan serangan kita terhadap mana-mana agama atau orang lain, hanya kerajaan," katanya.

Perang propaganda makin memuncak dan wartawan tidak dapat mengakses Rakhine utara secara bebas untuk mengesahkan dakwaan berkenaan dari kedua belah pihak.

Walaupuan ARSA telah terpecah dan dipisahkan dan Rohingya sehingga kini tidak dapat masuk semula ke Myanmar, Rafik berkata, perjuangan itu tidak akan berakhir di sini.

Bagaimanapun, kumpulan itu akan dibubarkan jika matlamat mereka tercapai.

"Kami akan meneruskan perjuangan kami jika penyeksaan oleh tentera atau pihak berkuasa Myanmar berterusan.

"Kami tidak mempunyai pilihan lain. Kami tidak akan membubarkan kumpulan ini namun jika mereka berhenti menyeksa kami, secara automatik ianya akan terbubar," katanya.

DIBUAT UNTUK DAN OLEH ROHINGYA

ARSA dikaitakan dengan kumpulan militan Daesh susulan dakwaan pemimpin Ataullah Abu Amar Junuju yang muncul di dalam beberapa video di sosial media adalah dipercayai telah menghabiskan masa di Pakistan dan Arab Saudi untuk mendapatkan sokongan dari kumpulan militan lain, menurut laporan AFP.

ARSA bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dengan Al Qaeda, Daesh atau  melancarkan pemberontakan yang didorong oleh agama.

Mereka menukar namanya pada bulan Mac dari Harakah al-Yaqin, dilihat sebagai satu cara untuk menjauhkan diri dari kumpulan-kumpulan itu, meminta lebih banyak sokongan daripada masyarakat global dan membuat perbandingan dengan pergerakan militan yang sama dinamakan di kawasan etnik lain Myanmar.

"Kami dicipta oleh Rohingya dan disatukan oleh Rohingya. Kami hanya berjuang untuk hak kami. Ini satu-satunya sasaran kami," kata Abul.

Bagi pejuang ARSA, Kaunselor Negara dan pemimpin de facto Myanmar Aung San Suu Kyi adalah penyebab hak asasi Rohingya semakin diabaikan.

Malah Rohingya telah meramalkan keadaan mereka semakin buruk menjelang pemilihan 2015, di mana mereka tidak dapat mengundi.

"Kami menyalahkannya. Selepas dia dipilih, sejak itu kerajaan telah mula menyeksa kita lebih dari sebelumnya," kata Rafik.

Mengenai kesengsaraan dan penderitaan yang dikenakan terhadap penduduk Rohingya akibat tindakan mereka, keputusan mereka untuk memulakan keganasan, Abul berpendapat bahawa hujah itu tidak logik memandangkan penindasan yang mereka rasai hari ke hari.

"Siapa yang merasa gembira atau sedih? Kami tidak peduli kerana kami telah merasakan penyeksaan.

"Kami sudah berasa sedih tentang keadaan ini sehingga tidak peduli bagaimana perasaan mereka sekarang," katanya.

Dalam satu laporan lain, ARSA mengaku bertanggungjawab melakukan serangan maut ke atas  beberapa balai polis di Rakhine pada 25 Ogos.

Susulan itu, Do Suan berkata, kerajaan Myanmar telah mengisytiharkan ARSA sebagai kumpulan pengganas.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/kenapa-pejuang-rohingya-serang-tentera-myanmar-1.735655
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.090155 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list