CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 5

[Tempatan] Tetiba ada pula bajet: MyExpo, pusat pameran terbesar di Asia Tenggara

[Copy link]
Post time 26-9-2017 10:35 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, negara akan memiliki pusat pameran terbesar di rantau Asia Tenggara selepas projek pembinaan Malaysia Exposition and Convention Centre (MyExpo) siap menjelang 2020.

Perdana menteri berkata, MyExpo akan dibina di atas tanah berkeluasan 1.5 juta kaki persegi, bersebelahan Pusat Konvensyen Antarabangasa Putrajaya (PICC).

Katanya, ia akan merangkumi bangunan setinggi 23 tingkat yang terdiri daripada pusat pameran 5 tingkat dan hotel bertaraf 4 serta 5 bintang yang akan dibina menerusi 2 fasa.

Ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah MyExpo hari ini, beliau berkata, MyExpo akan dilengkapi kemudahan berteknologi tinggi dan mampu menampung sehingga 60,000 orang dalam satu-satu masa, untuk muncul sebagai hab perdagangan antarabangsa serta destinasi pelancongan.

“Dengan keadaan semasa negara, kita telah berjaya menarik berjuta-juta pelancong dari luar negara ke Malaysia. Oleh itu, kita perlu meletakkan penanda aras lebih tinggi dan baik pada masa akan datang.

“Saya percaya dan yakin dengan kewujudan MyExpo ini akan menarik lebih ramai pelawat dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Projek MyExpo ini membawa kita kembali kepada visi yang dirangka dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mencipta pelan-pelan pengukuhan ekonomi dianggarkan sebanyak RM1.3 trilion bagi mengangkat Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.”

Dalam perkembangan lain, Najib yang juga pengerusi BN mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan segelintir pihak yang cuba memburukkan negara bagi tujuan politik.

“Jangan dengar pihak yang asyik memburukkan negara mereka sendiri untuk kepentingan politik.

“Buktinya pihak luar kata kedudukan ekonomi kita berada pada kedudukan kukuh dan baik,” katanya merujuk tindakan pembangkang yang berterusan mengkritik pentadbirannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
picc yg ada tu pun sendu,pakai setahun sekali jah masa abpbh...lg nak tambah bangunan baru?mcm mbaxir je
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 07:59 AM | Show all posts
haha...umngok dgn membazir memang xleh berpisah...PICC tu pun kalau ada event je baru meriah...bahalol...kita tengok, kroni mana yang dapat projek
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pundek, bab priority memang kau fail. Kau sume neh memang babi dasar dna hendon!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:57 AM | Show all posts
Terbaikkk....jadikan Malaysia sebagai pusat perdagangan dunia, tumpuan ahli2 perniagaan, syarikat dunia utk mempromasikan barangan
dagangan, Expo2, konvesyen dll. merancakkan ekonomi negara, peluang pekerjaan, pelancongan perniagaan, Pengangkutan termasuklah
MAS jugak akan turut terkesan dgn perkembangan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:06 AM | Show all posts
helloooo...mitec baru jer bukak..dah nak bina yang lain pulak..

berapa banyak convention centre nak buka ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053191 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list