CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

[Tempatan] Rakan jalanan, nama baru bagi gelandangan. Itu ja visi TN50

[Copy link]
Post time 26-9-2017 10:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA KUBU BHARU: Golongan gelandangan yang merujuk kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan penempatan tetap serta tinggal di jalanan kini diberikan jolokan baharu iaitu rakan jalanan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Katanya, gelaran baharu itu merupakan antara aspirasi golongan itu sendiri pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Rakan Jalanan yang diadakan di sini, yang bertujuan memberikan gambaran yang lebih positif terhadap mereka.

"Ini cadangan dan kehendak mereka, jadi kita pakai nama itu dahulu supaya nanti akan menjadi kebiasaan.

"Malah ada segelintir (daripada) mereka sebenarnya ada rumah, ada keluarga dan datang ke Kuala Lumpur mahu cari pekerjaan tapi pekerjaan yang mereka dapat itu tidak sesuai dengan jiwa mereka, jadi mereka malu untuk pulang bertemu dengan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi dialog itu yang diadakan di Pusat Latihan Khidmat Negara Geo Kosmo, di sini Selasa.

Jelas Rohani, antara perkara lain yang turut dibangkitkan golongan itu pada sesi dialog itu adalah mengenai tawaran peluang pekerjaan yang lebih sesuai selain penyediaan tempat tinggal untuk mereka.

Penganjuran program itu adalah siri Dialog TN50 oleh kementerian itu bersama kumpulan sasar bagi memberi peluang mereka menyuarakan harapan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. -BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066669 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list