CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8016|Reply: 114

[Tempatan] Pelajar terbaik SPM 2003 (15A) meninggal dunia

  [Copy link]
Post time 26-9-2017 11:30 PM | Show all posts |Read mode


IPOH: Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003, Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid, yang meninggal dunia semalam, akibat pendarahan otak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya di sini, hari ini.

Dr Ahmad Atiq yang bertugas di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar, meninggal dunia pada usia 31 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), jam 10.10 malam semalam.

Beliau dilaporkan koma sejak Jumaat lalu selepas rebah.

Allahyarham meninggalkan isteri, Dr Mai Shahira Meor Hazizi serta dua anak.

Dr Mai Shahira berkata, suaminya yang mengalami penyakit berkaitan saluran darah dalam otak, mengadu sakit kepala yang teruk pada jam 3 pagi Jumaat lalu.

PELAJAR terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003, Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid

"Dia kemudian mengalami muntah-muntah disusuli matanya tidak dapat melihat sebelum dikejarkan ke hospital," katanya ketika dihubungi malam ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, Selangor itu muncul pelajar terbaik SPM 2003 selepas memperoleh keputusan 15A.

Graduan Universiti Nottingham, United Kingdom, itu adalah Presiden Pertubuhan Ikram Health Perak dan aktif dalam aktiviti membantu masyarakat.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Perak, Yahanis Yahya, berkata pemergian Dr Ahmad Atiq adalah kehilangan besar kepada IKRAM kerana Allahyarham aktif dalam khidmat masyarakat.

"Arwah juga meminati Bahasa Arab dan tulisan Jawi. Dia sudah bersama IKRAM sejak belajar lagi," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 11:32 PM | Show all posts
Inalillah ....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:33 PM | Show all posts
Takziah...

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Takziah utk keluarga, semoga diampunkan dosa2nya. Gone too soon, baru 31 umurnya. Byk jasa boleh disumbang lg
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohmaiiii scary nya sebab macik skrg pn sakit2 kepala ya amattttt

Nak pegi check up takut sakit teruk di dalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:05 AM | Show all posts
Innalillah. Salam takziah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah..takziah tuk family arwah..takut la penyakit mcm ni..cm tiba2 menyerang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnahilahirojiun... Tadi iols ada baca komen pesakit arwah kat fb yang mengatakan arwah Dr. ni seorang yang sangat humble. Hidup sederhana sahaja.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tak silap aku pelajar terbaik spm 2003 ialah chinese girl kan.. dpt 16A?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:16 AM | Show all posts
sayang nya..takziah utk kluarga..
kenapa la yg baik2 slalu mati awal..stok2 rempit DNA rosak cilakak pulak tak mampus2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah duk dalam IKRAM,baik apanye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...takziah utk family.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 01:03 AM | Show all posts
Innalillah.

gone too soon
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 01:09 AM | Show all posts
Salam takziah..

Biological term limits
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LaksamanaBentan at 27-9-2017 01:53 AM
sekngucing replied at 27-9-2017 12:15 AM
tak silap aku pelajar terbaik spm 2003 ialah chinese girl kan.. dpt 16A?


Tu tahun 2002. Yap Sui Lin. Start dari amoi tula suma dok pakat kejar gred A. Rekod tertinggi 21 A.Dak lelaki tahun 2007 asal kedah. Azali Azlan nama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
LaksamanaBentan replied at 27-9-2017 01:47 AM
Tu tahun 2002. Start dari amoi tula suma pakat kejar gred A. Rekod paling tinggi 21 A.Dak lelaki ...

yeke. . . tak. silap aku.. tahun 2000 dah ada beat student spm... nama dia hock,  dapat 13a, kemudian chinese girl tu
amelina tahun 2004, 2007 dan 2009 tak silap ada girl. kelate dua org... tp yg girl. kelate tahun 2007 tu mcm tak diiktiraf sebab dia sekolah agama ka sebab apa tak ingat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..takziah utk keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.323242 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list