CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2288|Reply: 7

Single ‘DNA’ BTS berjaya menembusi Carta Billboard Hot 100, menjadi kumpulan kpo

[Copy link]
Post time 26-9-2017 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Single ‘DNA’ BTS berjaya menembusi Carta Billboard Hot 100, menjadi kumpulan kpop ke-2 berbuat demikian selepas Wonder Girl
by        aisha a. sabri    ·                            Published September 26, 2017              · Updated September 26, 2017               

                                    
BTS kembali dengan imej yang ‘funky’ dan beraneka warna.

Billboard Hot 100 ialah carta lagu popular yang mengumpulkan pelbagai genre antarabangsa berdasarkan radio, jualan album dan ‘online streaming’ di Amerika Syarikat. Ianya sering dijadikan penanda kejayaan sesebuah artis Korea di bumi Amerika jika single tersenarai dalam carta tersebut. Ia turut merekod sejarah sebagai kumpulan Kpop ke-2 berjaya menduduki carta tersebut selepas Wonder Girl, dan juga penyanyi Korea ke-4 selepas CL 2NE1, Psy dan Wonder Girl. Malah, lebih manis lagi, album mereka “Love Yourself: Her” berjaya menempatkan di tangga ke-7 Billboard 200 menjadikan satu-satunya selebriti korea yang meraih kedudukan di bawah 10.

Pada 26 September 2017, Billboard Hot 100 telah mengumumkan lagu baharu BTS ‘DNA’ telah memasuki carta tersebut dengan kedudukan  85 dari 100 untuk minggu pertama bulan Oktober. Menurut Billboard,BTS berjaya mencapai 5.3 juta ‘online streaming’ di USA dan mencatat jualan sebanyak 14 ribu salinan digital. Lagu tersebut juga telah menduduki tangga ke-37 dalam carta jualan lagu digital dan ini merupakan kali pertama BTS memasuki carta ini.

Menurut ahli BTS, tersenarai dalam Billboard Hot 100 juga impian mereka untuk menaikkan nama mereka di peringkat antarabangsa dan terharu dengan pencapaian kumpulannya.D alam masa yang sama ,BTS turut berterima kasih dan mengucapkan syukur kepada peminat mereka, ARMY kerana membawa mereka sehingga ke tahap ini. Jika dilihat sebelum ini,BTS telah tersenarai dalam ‘Bubbling Under Hot 100’(berada di tangga ke 25 dari Carta Hot 100) dengan lagu ‘Spring Day’ pada bulan Februari yang lalu. BTS juga memenangi anugerah Top Social Artist sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Justin Bieber, Selena Gomez dan Ariana Grade dalam Billboard Music Awards yang berlangsung 3 bulan lepas.

BTS juga telah berjanji dengan peminat mereka untuk memberi kejutan dalam LIVE V APP(aplikasi live antara peminat dan artis  yang popular) pada 18 September 2017 yang lalu sekiranya memasuki carta Billboard Hot 100 tersebut.

sumber: https://kmania.info/2017/09/26/single-dna-bts-berjaya-menembusi-carta-billboard-hot-100-menjadi-kumpulan-kpop-ke-2-berbuat-demikian-selepas-wonder-girl/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 08:43 AM | Show all posts
wah tahniah BTS ... meolss blm terbuka lagi hati nk jdi karatzz army.. tgk avvy meols pon tahu karatzz sape kn... hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 09:34 AM | Show all posts
Tahniah BTS...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:33 PM | Show all posts
Sbb billbod nimla aku tejebak dgn bts..baik ampa bgtau aku bila konsert dia kt mesia nanti..aku nak pi !
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlglahh ai dah kemaruk dgn album abru BTS best best lagunya, especially the truth untold dgn fake love, my bias opkos jungkook
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2018 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling best tengk dia kat Ellen Show
Tengk mse dia org kne suprise tu mcm biase Suga jugak paling coollll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2018 10:48 AM | Show all posts
Pulun habes kot BTS skrg. Dulu EXO susah nak org beat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:49 AM | Show all posts
HYSB replied at 9-6-2018 10:31 PM
Paling best tengk dia kat Ellen Show
Tengk mse dia org kne suprise tu mcm biase Suga jugak paling c ...

macam hensem pulak suga bila cool cmtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.082679 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list