CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7647|Reply: 69

Terima Kasih Dua Insan Mulia Ini Sudi Terima Saya Dan Anak-anak - Datuk Nurulhid

[Copy link]
Post time 29-9-2017 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Kisah personaliti, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan terus menjadi perhatian ramai.


Netizen terutamanya berasa kagum melihat Nurulhidayah mempunyai hubungan rapat dengan madunya yang dipanggil sebagai 'kakak'.


Meskipun ada segelintir pihak yang memberi tanggapan negatif, namun anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini tak mahu mengambil pusing tentang kata-kata orang.


Menerusi satu entry di laman Instagram miliknya, Nurulhidayah berkongsi tentang isu poligami.






"Keharusan berpoligami mempunyai hikmah bagi kepentingan serta kesejahteraan umat Islam. Poligami bertujuan menghalang terjadinya perceraian antara pasangan."


Katanya lagi, dalam situasi yang beliau alami sekarang, beliau berasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan dua insan mula yang sanggup menerima bukan sahaja dirinya sebaliknya anak-anaknya juga. Sudah pasti dua insan tersebut ialah suami dan juga madunya.


"Dalam kes saya, saya kematian suami dan mengambil keputusan untuk berkahwin setelah setahun kerana bagi saya, saya telah dipertemukan dengan DUA insan mulia yang berbesar hati menerima saya dan anak2 saya (anak yatim) dalam hidup mereka.





"Semoga Allah membalas jasa mereka berdua dengan rahmat dan kemudahan dunia akhirat. Kembali kepada agama, bukan nafsu semata."


Nurulhidayah turut mengingatkan semua, bagi mereka yang berpoligami jangan sesekali lari dari tujuan sebenar poligami seperti yang diajarkan oleh Nabi S.a.w.


"Secara kesimpulan, janganlah lari dari tujuan berpoligami menurut Rasulullah adalah untuk memberi perlindungan dan martabat kepada wanita terutamanya bagi yang kehilangan suami dan mempunyai anak (anak yatim).."





Netizen di ruangan komen berasa kagum dengan semangat dan juga nilai yang ditunjukkan oleh Nurulhidayah.


Mereka turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Nurul, suami dan juga madunya.

"Saya terharu dengan kata-kata sis..semoga kalian semua bersama hingga syurga Allah..."




Apa pula kata anda tentang poligami?- CARI

Foto: IG Nurul

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2017 12:14 PM | Show all posts
alahaaiiiiii...nyampah ler pulak
x yah puji melambung lambung..
da ko ank TPM sape2 pun sembah ratu kut...
kalau ank ntah sape2...
lama da bini pertama serang secara berjemaah
org kutuk2 lagik siap umpamakan bagai babi yg menyondol

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 12:16 PM | Show all posts
tunggu no 3 dengan no 4 pulak masuk nanti ye..
pastu yang masuk tu pompuan anak nelayan petani..
tengok cam mana indah ko terima..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan bapak anak2 dia hidup lagi ka??
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 12:23 PM | Show all posts
Anak yatim? Sheols bukan ada anak pun dengan yang meninggal tu kan. Bapa kandung anak2 sheols pun dah meninggal ke macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 01:04 PM | Show all posts
hari tu macam pernah terbaca sheols  nak bukukan kisah sheols ngan madu.Hello makcik kau bermadu baru sehari dua nak motip nak keluar buku

Baru baru nampak la wangi lama lama nanti ntah ntah ada bau bauan kureng enak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah gebang lah kak long. Uols bukan ke dalam proses cerai dengan arwah? Tak sempat settle cerai si arwah dah meninggal. So tak payah buat cerita best2. Poyo.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bila diterima memang lah mulia..
cer kalau sebaliknya..

tapi betul ke budak2 tu bukan
anaknya bersama arwah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2017 01:46 PM | Show all posts
just my personal opinion...
it's best kalau share sesuatu kat media social tu secara sederhana je..
x kira good or bad news..tu for me la..

tp kalau u r an activist...like kak Dina...
so mmg nak bg spotlight on certain issues tu...bagus la...
kongsi info...pd public...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 02:39 PM | Show all posts
snyum... xperlu kata apa2
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 02:44 PM | Show all posts


eh over la dia ni up gambar suwit kat ig. lebih gebang pulak dia dari si madu. nurul ko tu isteri kedua so  xpyah nak over suwit kat socmed. ni x lain x bukan nak netizen jadikan  dia sbgai inspirasi la ni.

tolong jaga perasaan isteri pertama ya wahai nurul hidayah ahmad zahid hamidi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 02:51 PM | Show all posts
laki dia ada bisnes ke? ke bole dpt gomen tender?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 03:39 PM | Show all posts
madu dia ada masaalah kesihatan kan sbb tu izinkan kawen
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 03:40 PM | Show all posts
pndai lyn x?
dh kawen byk ni pgalaman lbih la kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 03:41 PM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 29-9-2017 01:04 PM
Tak payah gebang lah kak long. Uols bukan ke dalam proses cerai dengan arwah? Tak sempat settle cera ...

biar betik? kemain meratip laki mati dh serupa mcm mahu2 masuk kuburan bersama jahhh.. bijak betui hang ni hidayah kan.. meratip2 laki mati tup2 rembat laki org puikkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-9-2017 12:16 PM
tunggu no 3 dengan no 4 pulak masuk nanti ye..
pastu yang masuk tu pompuan anak nelayan petani..
...

Nak ke laki dia jdkn anak nelayan sbg isteri ke 3 & 4?....

Hilang tongkat emas nanti....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 29-9-2017 12:17 PM
Bukan bapak anak2 dia hidup lagi ka??

Berapa lama kau bertapa di gua kahpi dikkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 29-9-2017 01:04 PM
hari tu macam pernah terbaca sheols  nak bukukan kisah sheols ngan madu.Hello makcik kau bermadu bar ...

Rasa pelik je kan.....

Kawin tak sampai sethn pun dah mcm menang trofi piala donia....

Siap buat buku lg....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 04:27 PM | Show all posts
mek tggu kemunculan madu ke 3 dan ke 4 nurul ni pulakkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 04:29 PM | Show all posts
haryatie replied at 29-9-2017 12:14 PM
alahaaiiiiii...nyampah ler pulak
x yah puji melambung lambung..
da ko ank TPM sape2 pun sembah rat ...

khenssss
asal la x abes2 lgi isu die nie kawen direstui first wife,
muak dah dgr,

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.325515 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list