Paramount Pictures dan Bad Robot pengarah serta penerbit terkenal Hollywood, J J Abrams, berjaya memperoleh hak cipta untuk mengadaptasi filem animasi blokbuster Jepun, Your Name.
Memetik laporan Variety, kedua-dua syarikat berkenaan turut mengumumkan akan menjalankan kolaborasi dengan penerbit asal animasi terbabit, Toho Co Ltd bagi menghasilkan versi baru lakonan hidup Your Name.
Toho juga akan menguruskan aspek pengedaran filem itu di Jepun.
sumber : internet
Filem animasi digemari ramai itu ditulis, diilham dan diarahkan Makoto Shinkai. Ia mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki dan perempuan yang berasal dari dua dunia berbeza.
Selepas menyedari mereka mempunyai kebolehan menyerap ke dalam tubuh satu sama lain kedua-dua remaja terbabit mencari jalan untuk merentas ruang dan waktu untuk bertemu.
Pegawai Eksekutif Toho Yoshishige Shimatani berkata mereka teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Hollywood dan menghasilkan versi lakonan hidup filem ikonik Jepun berkenaan.
Abrams seorang penerbit yang terkenal dengan pembabitannya dalam menghasilkan filem seperti Star Wars, Star Trek, Mission Impossible dan Cloverfield.
Your Name berjaya meraih kutipan AS$303 juta di Jepun dan kekal selama 12 minggu di kedudukan paling tinggi box office.
Ia juga filem Jepun yang ditayang di China memperoleh pendapatan tertinggi AS$85.6 juta.- CARI
Post time 30-9-2017 05:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Boleh tak nak bantah live action nih. Mana nak sign petition? Aku mmg tak harap betul adaptation live action dari anime ni. Nanti jadi tak best semuanya.
Post time 1-10-2017 12:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Cerita ni best giler. Bapa kali ulang dah ai tengok. Tapi kalau buat live action selalunya hancus. Antara live action yang ai suka ialah relife. Not bad..ada penambahan plot dari. Mudahan lah tak carca marba cita ni di tangan JJ.
Post time 1-10-2017 12:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
shaun_bb replied at 1-10-2017 12:07 AM
Cerita ni best giler. Bapa kali ulang dah ai tengok. Tapi kalau buat live action selalunya hancus. A ...
Kan. Setuju. Sebab tu nak bantah. Tapi JJ Abraham pny citer mcm ok jugak kan.. tp kalau adaptasi mcm ghost in the shell, death note tu semua hampeh. Pastu attack on titan yg japan buta sendiri pun ramai x puas hati.
Post time 1-10-2017 12:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jeanspurple replied at 1-10-2017 12:15 PM
Kan. Setuju. Sebab tu nak bantah. Tapi JJ Abraham pny citer mcm ok jugak kan.. tp kalau adaptasi m ...
Ai tak tengok pun ghost in the shell, death note apa smua tu. Tak sanggup ai tengok. Chuols dh tengok gintama? Ai terlepas tengok gintama kat tgv. Tunggu online je lah. JJ kalau buat cita can be hit or missed. Tu yang debar-debar tunggu nasib adaptation your name.