CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1402|Reply: 3

[Dunia] 'AyoPoligami' mudahkan lelaki buka sehingga empat cawangan

[Copy link]
Post time 2-10-2017 02:50 PM | Show all posts |Read mode
BOGOR: Seorang pembangun aplikasi telefon pintar Indonesia memperkenalkan aplikasi 'AyoPoligami' untuk memudahkan lelaki berpoligami.

Lindu Pranayama tampil dengan ilham itu apabila mendapati kebanyakan laman mencari jodoh tidak menyediakan perkhidmatan untuk lelaki yang sudah beristeri berkahwin lagi.

"Bila mereka menyertai laman mencari jodoh yang sedia ada, mereka tidak menemui pilihan untuk poligami.

"Mereka tidak menjumpai pilihan untuk mencari isteri kedua, ketiga atau keempat," katanya.

"AyoPoligami', aplikasi telefon pintar baharu yang dibangunkan Pranayama membuka ruang untuk lelaki dan wanita yang ingin mempunyai 'keluarga besar'.

Aplikasi itu mencetuskan kontroversi di Indonesia sejak ia dilancarkan pada April lalu. - REUTERS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2017 11:02 PM | Show all posts
Aplikasi ‘AyoPoligami’ di Indonesia cetus debat
| October 2, 2017

Aplikasi 'AyoPoligami' dimuat turun sebanyak 10,000 kali dikuasai pengguna lelaki, bagaimanapun mencatat kira-kira 4,000 pengguna wanita.

Iyus Yusuf Fasyiya, seorang pekerja kilang yang mempunyai 2 isteri menggunakan aplikasi telefon, “AyoPoligami” untuk berkongsi tips dengan pengguna lain mengenai cara mengekalkan keluarga bahagia dalam perkahwinan poligami.

“Ramai yang mahu berpoligami, mencari calon isteri. Mereka tanya di mana untuk bermula dan bagaimana mengekalkan kebahagiaan berpoligami serta undang-undangnya,” kata Iyus yang ditemui di kampungnya di Bogor, kira-kira 90 minit jauh perjalanan dari bandar raya Jakarta.

Iyus yang berusia 37 tahun bertemu isteri keduanya 6 tahun selepas perkahwinan pertama pada tahun 2000. “Ia berlaku atas perancangan Ilahi,” katanya yang mengambil giliran menjaga kedua-dua isteri dan 5 anak yang tinggal di kampung berdekatan.

Ternyata Iyus belum sempat menggunakan aplikasi “AyoPoligami” untuk mencari calon isteri, cuma sekadar berhubung dan memberi nasihat sahaja.

Aplikasi yang dimuat turun sebanyak 10,000 kali itu dikuasai pengguna lelaki, bagaimanapun mencatat kira-kira 4,000 pengguna wanita.

Awalnya, ia diwujudkan oleh Lindu Pranayama yang sedar kepentingan platform untuk lelaki yang mahu mencari calon isteri kedua, ketiga atau keempat atas talian.

“Kita ada talian untuk menemukan dengan calon isteri tetapi bukan untuk poligami. Tiada pilihan untuk itu,” katanya.

“AyoPoligami” adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Pranayama dengan harapan menemukan lelaki dan wanita yang secara rela dan sanggup berpoligami.

Bagaimanapun, aplikasi itu kini dalam kontroversi sejak dilancarkan di negara majoriti Islam dan poligami adalah sah di Indonesia pada April lalu.

Islam membenarkan lelaki berkahwin 4 dengan syarat dibenarkan oleh mahkamah dan isteri pertama dan terdahulu.

Biarpun begitu, masih ramai mengamalkan poligami dikatakan memberi maklumat palsu dan dipercayai memanipulasi hak wanita.

Lelaki-lelaki ini dikatakan mendaftar aplikasi ini sebagai ahli baharu menggunakan identiti palsu tanpa diketahui isteri mereka.

Justeru, versi baharu aplikasi “AyoPoligami” yang dijangka dilancar pada 5 Oktober bakal mengambil kira syarat pendaftaran yang ketat. Pendaftar wajib muat turun kad pengenalan, status perkahwinan dan surat kebenaran isteri.

Peguam, Rachmat Dwi Putranto berkata, poligami bukan semudah yang disangka. Mahkamah Indonesia hanya memberi kebenaran jika isteri pertama kurang upaya, sakit atau tidak berkemampuan melahirkan anak.

Manakala Indriyati Suparno, dari Pesuruhjaya Kebangsaan Keganasan Terhadap Wanita pula berkata aplikasi itu cuba menjadikan poligami sesuatu yang diterima umum tanpa sebarang masalah atau isu. Sedangkan, dalam realiti sebenar, poligami juga satu bentuk keganasan terhadap wanita.

Dalam pada itu, Kementerian Perkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak Indonesia pula menyifatkan penggunaan aplikasi “AyoPoligami” sebagai pilihan peribadi selagi dilakukan secara sah dan adil.

“Bagi kami, apa yang penting ialah wanita dan anak mereka dilindungi dalam poligami,” kata jurucakap kementerian itu, Hasan, kepada Thomson Reuters Foundation.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Oke...ayuhhh BANGSA INDON..
Claim perkataan POLIGAMI... {:nose
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke apps ni???? Ramai fakers je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.060468 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list